Asas Setup Akuarium Air Tawar

asas setup akuarium air tawarAsas setup akuarium air tawar. Artikel ini menerangkan cara asas setup akuarium air tawar. ┬áKita akan bermula dengan senarai peralatan yang anda diperlukan seterusnya langkah demi langkah untuk memulakan akuarium air tawar pertama anda. ­čÖé

Peralatan yang diperlukan:

  • Akuarium
  • Batu kerikil akuarium
  • Penapis akuarium
  • Media penapis akuarium (aquarium media filter)
  • Heater (pemanas akuarium)
  • Hiasan yang lain (seperti tumbuhan palsu atau sebenar)
  • Kit ujian akuarium untuk menguji parameter air dan memantau kitaran nitrogen akuarium
  • Makanan ikan
  • Vacum akuarium
  • Jaring ikan
  • Pembersih kaca akuarium
  • Baldi
  • Besen penapis

 

Peralatan asas akurium air tawar

 

Sebelum bermula, kita tonton video berikut ­čÖé

 

Langkah-langkah Setup Akuarium Air Tawar


STEP 1: Fahami dan sedar akan tanggungjawab anda.

Belajar setup akuarium air tawar (freshwater aquarium) tidaklah begitu sukar, cuma perlu mengikuti beberapa langkah asas,  Pertama, anda perlu sedar bahawa dengan  memiliki akuarium anda telahpun terikat dengan tugas dan tanggungjawab.

Sekali seminggu, atau paling tidak sekali setiap dua minggu, anda perlu melakukan beberapa jenis penyelenggaraan. Kebanyakan masa anda diperlukan untuk menjaga kualiti air. Anda juga perlu memberi makan ikan sekurang-kurangnya sekali sehari. Dari segi perbelanjaan tidak banyak kos berulang, kecuali  menggantikan media penapis, membeli makanan dan lain-lain.  Jika anda faham dan tidak akan menganiaya binatang, anda bolehlah teruskan cabaran ini!

STEP 2:  Menentukan Saiz Akuarium.

Sebelum membeli akuarium, tentukan dulu ikan apa yang bakal anda pelihara Sesetengah ikan hanya membesar menjadi satu atau dua inci, manakala lain-lain jenis ikan tropika boleh membesar 12 atau 13 inci atau lebih panjang! Mengetahui apa jenis ikan yang anda mahu akan membantu anda membuat keputusan mengenai saiz akuarium yang diperlukan. Bagi yang baru ingin memiliki akuarium, baik kiranya anda bermula dengan akuarium bersaiz kecil 12 inci atau 24 inci  dengan ikan-ikan kecil.

STEP 3: Menentukan Lokasi Akuarium.

Pilih lokasi untuk letakkan akuarium anda di kawasan di mana cahaya dan suhu tangki tidak akan terjejas oleh sumber-sumber luaran seperti tingkap dan lain-lain. Cahaya matahari yang berlebihan (cahaya terus) boleh menjejaskan suhu akuarium serta membolehkan pembiakan alga hijau.

Lokasi yang dipilih juga perlu mengambil kira  tapak yang kuat (bagi rumah papan) yang mampu menampung berat akuarium.

  • 1 liter air mempunyai berat 1kg.
  • 1 kaki persegi air = 28.3 liter = 28.3 kg

Bayangkan berat air untuk akuarium bersaiz ┬á2′ x 2′ x 4′ ┬á(2 kaki lebar x 2 kaki tinggi x 4 kaki lebar) beratnya 425kg.

 

STEP 4: Beli Akuarium dan Peralatan.

Sekarang anda perlu memilih jenis penapis akuarium yang bakal digunakan. Sekiranya perlu, anda juga perlu membeli pemanas yang yang sesuai dengan saiz akuarium anda dan peralatan lain seperti batu kelikir, tumbuh-tumbuhan, cord sambungan elektrik dan hiasan lain. Kaedah kiraan jumlah kerikil yang anda perlu adalah 1 hingga 1.3 kg  batu untuk 10 liter air.

STEP 5: Sediakan Akuarium Anda.

Cuci akuarium anda dengan air sahaja! Jangan gunakan sabun kerana sisa sabun akan memudaratkan ikan anda. Penapis bawah kerikil (under gravel) kurang digalakkan kerana penjagaan agak cerewet bagi pemula.

STEP 6: Cuci Batu Kerikil, Tumbuhan dan Hiasan.

Pastikan kerikil dengan sempurna sebelum diletak ke dalam akuarium. Cara mudah untuk melakukannya ialah menggunakan besen penapis. Kemudian gunakan baldi untuk dibawa ke akuarium. Selepas meletakkan kerikil anda bolehlah meletakkan tumbuhan dan hiasan-hiasan lain.

STEP 7: Memasukan Air Ke Dalam Akuarium.

Untuk menjaga susunan kerikil dan hiasan anda dicadangkan meletakkan pinggan atau piring di tengah-tengah akuarium anda dan mengarahkan aliran air ke pinggan.  Untuk menghilangkan klorin dan chloramine, gunakan sesuatu seperti Tetra AquaSafe untuk Aquariums. Jangan isikan air sehingga anda berpuas hati dengan susun atur hiasan anda. Jika tidak, apabila anda measukkan untuk mengubah sebarang susunan air akan melimpah.

STEP 8: Setup Peralatan.

  • Pasang heater, tapi jangan hidupkan agar termostat dalam pemanas telah disesuaikan dengan suhu air. Ini biasanya mengambil masa lebih kurang 15 minit atau lebih.
  • Pasang┬ápenapis air (filter) dan kelengkapan lain.
  • Letakkan penutup akuarium dan lampu akuarium, semak kord kuasa anda untuk memastikan bahawa ia bebas daripada air.
  • Setelah semuanya OK, hidupkan akuarium anda ­čÖé

STEP 9: Tunggu, tunggu dan tunggu.

Sampai pada stage ini anda tentunya sangat teruja untuk memasukkan ikan. Tetapi anda perlu menunggu sehingga air akuarium anda telah dikitar sebelum menambah sebarang ikan. Terdapat cara-cara mempercepatkan proses ini, antaranya ialah memasukkan terlebih dahulu ikan untuk kitaran seperti spesies hardier seperti Danio zebra atau barb ceri (selepas 8 jam air dimasukkan ke akuarium)

hardier species

STEP 10: Memasukkan Ikan.

Jangan masukkan terlalu banyak ikan serentak. Ini penting untuk memastikan sistem penapisan masa untuk menampung beban biologi meningkat apabila ikan baru memperkenalkan. Beg plastik yang mengandungi ikan yang baru dibeli perlu diapungkan selamat 15 minit dalam akuarium untuk menyamakan suhu. Selepas itu ada baiknya untuk mengelakkan ikan stress dimasukkan sedikit air akuarium ke dalam beg plastik selama beberapa minit.   Jangan beri makanan kepada ikan anda pada hari pertama. Mereka mungkin tidak akan makan apa-apa makanan pada hari pertama. Biarkan mereka berkenalan dengan rumah baru mereka.

Ikan hias tropika yang sesuai bagi pemulaIkan hias tropika yang sesuai untuk pemula

STEP 11: Bersedia Untuk Melakukan Penyelenggaraan.

Bersedia untuk menghabiskan masa setiap satu atau dua minggu sekali untuk membersihkan tangki anda. Penukaran air akan mengurangkan tahap nitrat dan menjaga ikan anda anda cergas dan sihat. Apabila menukar air, tinggalkan sekurang-kurangnya 1/3 air asal akuarium tidak dibuang. Bagaimanapun, sistem penapisan yang baik membolehkan anda perlu menukar air dalam tempoh yang lebih lama.

Selamat mencuba ­čÖé

 

Rujukan : Fishlore

2 Comments

  1. pemburu ikan says:

    ilmu yang sangat berguna

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih