Cara-cara Berkesan Halau Tikus Di Rumah

Tikus

Cara-cara Berkesan Halau Tikus Di Rumah,  Ramai yang bencikan kehadiran tikus di rumah. Untuk membantu anda, kali ini Seri Laman akan kongsikan Cara-cara Berkesan Halau Tikus Di Rumah.

Kehadiran tikus boleh membawa pelbagai masalah seperti merosakkan barang-barang kesayangan kita, menimbulkan bunyi-bunyi yang mengganggu ketika tikus-tikus itu berlari, menggigit barangan atau bermain.

Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian. Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!

Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat. Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.

Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.

 

Cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus

1. Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Daun Semambu/Pahit

Letakkan daun semambu dilaluan tikus. Daun ni juga banyak digunakan oleh orang Kemboja dan India sebagai air serom untuk merawat demam.

3. Daun Durian Belanda

Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus. Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. InsyaAllah, tikus tidak akan datang lagi
.
4. Jering
.
Letak jering dengan tangkai-tangkainya sekali dekat dapur. biarkan di dapur sampai kering dekat dapur tu.
.
5. Serbuk lada hitam
.
Taburkan serbuk lada Hitam ditempat ada tikus atau laluan tikus tu.
.
6. Buah pong-pong
.
Ada orang kata guna buah pong-pong boleh halau tikus.ambik buah tu letak dekat bahagian yang anda syak ada tikus.Insyaallah tikus tak datang dah kut lepas tu.
Amaran. jangan makan pulak buah ni.beracun.
.

7. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

8. Minyak Mint/Pudina

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

9. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

10. Cat BadanTikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

11. Buah Durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

12. Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.

Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

Penyakit kencing tikus adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!

Sumber

5 Comments

  1. Bad says:

    Tq cik atas infonya. Boleh saya praktikkan nanti.
    Mungkin saya boleh kongsikan satu cara untuk mengatasi masalah ni sekiranya cara2 lain yang digunakan tak berkesan.
    Boleh cuba satu produk menghalau Tikus dari Jepun ni. Produk “Rat Repellent”. Produk ni bila letak akan mengeluarkan bau yang menyebabkan tikus menjadi tak selesa dan segera lari.
    Yang Penting bukan saja murah dan mudah, tapi tak menyeksakan binatang & Tak Perlu Berhadapan dengannya. Produk ni ada saya nampak di website ni

    http://www.tenringgitshop.com

    Selamat mencuba & Harap2 selesai masalah semua. Tq

  2. abi miza says:

    Cara moden adalah guna alat halau tikus ultrasonik. menghalau tikus guna gelombang bunyi ultrasonik. hubungi 011-18528271 jika berminat

  3. Seri Laman says:

    Terima kasih Bad dan Abi Miza atas perkongsian (y)

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih