Archive for the ‘Ikan Air Tawar’ Category

Memelihara dan Membiak Ikan Laga

  MEMELIHARA DAN MEMBIAKKAN IKAN LAGA (BETTA) Memelihara dan Membiak Ikan Laga. Minat memelihara ikan hiasan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa. Sejak kebelakangan ini ikan pelaga (Betta) mendapat tempat di hati peminat ikan tidak kira dari kanak-kanak sehinggalah golongan dewasa. ‘Trend’ semasa ialah mendapat jenis ‘fancy’ untuk dijadikan hiasan atau dipertandingkan. Seekor ikan baka baru yang istimewa mencapai harga ribuan ringgit. Betta splendens ialah nama saintifik yang diberi oleh Bleeker pada tahun 1850 diambil dari perkataan Jawa iaitu ‘Wader Bettah’. ‘Bettah’ […]

Asas Setup Akuarium Air Tawar

Asas setup akuarium air tawar. Artikel ini menerangkan cara asas setup akuarium air tawar.  Kita akan bermula dengan senarai peralatan yang anda diperlukan seterusnya langkah demi langkah untuk memulakan akuarium air tawar pertama anda. 🙂 Peralatan yang diperlukan: Akuarium Batu kerikil akuarium Penapis akuarium Media penapis akuarium (aquarium media filter) Heater (pemanas akuarium) Hiasan yang lain (seperti tumbuhan palsu atau sebenar) Kit ujian akuarium untuk menguji parameter air dan memantau kitaran nitrogen akuarium Makanan ikan Vacum akuarium Jaring ikan Pembersih […]

Panduan Memilih Ikan Koi

Panduan Memilih Ikan Koi. Bagi mereka yang baru bercadang membina kolam koi, antara hal yang menjadi kemusykilan bagi anda ialah cara memilih koiyang berkualiti dan cantik. Berikut saya kongsikan tips asas yang sering diperkatakan oleh mereka yang pakar ahli tentang cara memilih ikan yang baik.     BENTUK TUBUH Pilih koi dengan bentuk tubuh ideal. Perhatikan perbandingan antara tinggi dan panjang tubuh. Idealnya, perbandingan tersebut adalah 1: 2, 3-3. Pilih juga yang bentuk tubuhnya bulat memanjang dan tidak terlampau gemuk. […]

Kenali Ikan Discus (Part 1)

Kenali Ikan Discus (Part 1). Discus (Symphysodon spp.) adalah satu dari tiga spesies ikan airtawar cichlid yang berasal dari lembah Sungai Amazon. Discus adalah sejenis ikan akuarium yang popular di beberapa negara Asia. TAKSONOMI Discus tergolong dalam Symphysodon, yang mana kini merangkumi tiga jenis spesies: Discus biasa (Symphysodon aequifasciatus), Discus Heckel (Symphysodon discus) dan Spesies baru yang belum diberi nama iaitu Symphysodon tarzoo. Bagaimanapun, sebuah kajian lanjut yang diterbitkan pada bulan Ogos 2007 mencadangkan bahawa genus dikelaskan dalam spesies: S. […]

Industri Ikan Hiasan

Industri Ikan Hiasan. Ikan hiasan telah dicatatkan sebagai industri yang paling pesat perkembangannya dalam sektor pertanian dan ia merupakan industri berorientasikan eksport dimana 95 peratus pengeluaran negara untuk eksport.Walaupun bersaiz kecil dengan pengeluaran domestik bernilai RM80 juta pada harga ladang, ia mempunyai profail antarabangsa. Malaysia merupakan pembekal dunia ketiga penting selepas Singapura dan Indonesia dengan pegangan 7 peratus dari eksport dunia pada tahun 2000. Di pasaran dunia, eksport negara mengalami pertumbuhan purata 24 peratus setahun dalam nilai USD bagi tempoh […]

Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana

Potensi Perniagaan Ternakan Ikan Arowana. IKAN Arowana atau Scleropages Formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus. Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES). Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara […]

Galeri Gambar Discus

Galeri Gambar Discus.  Bagi peminat ikan hiasan, discus mungkin merupakan ikan tercantik. Ia mempunyai pelbagai varieti berdasarkan perbezaan warnanya. Ikan ini berasal dari hutan amazon yang kaya akan segala jenis spesies haiwan dan tumbuhan. Bentuk tubuh discus yang unik tidak seperti kebanyakan ikan pada umumnya. Ikan discus kelihatan begitu menawan apalagi dengan warna yang menghiasi tubuhnya, sempurna untuk di pelihara dalam aquarium, yang dapat menarik perhatian banyak orang. Kita tahu bahwa jenis ikan koi dan ikan arowana dalam pasaran harganya mampu […]

Tips Sebelum Membuat Kolam Koi

Kolam hiasan adalah satu elemen penting dalam menyejuk dan mendamaikan halaman anda. Anda ingin membuat kolam ikan koi? Tips berikut ini mungkin akan membantu merealisasikan impian anda tersebut. Ikan koi (Cyprinus Carpio) adalah jenis ikan yang banyak dipelihara dalam kolam-kolam hiasan  kerana keindahan tubuhnya dan warnanya. Ikan koi mempunyai corak yang khas dan dipercaya mampu membawa nasib baik. Geraknya yang lincah dan menawan membuat ikan ini sangat baik sebagai terapi stress. Biasanya, ikan koi tidak dipelihara di akuarium melainkan di […]

Susur Galur Varieti Ikan Koi

Tentu ramai yang mengenali ikan hiasan ini. Koi sangat istimewa kerana iamempunyai nilai estetika tersendiri selain berpadu dengan alam semulajadi seperti yang dilihat daripada taman-taman Jepun serta lukisan-lukisan China. Saya akan cuba berkongsi bahan tentang ikan ini pada artikel mendatang memandangkan semakin ramai yang meminati koi untuk ditempatkan di kolam rumah di negara kita. Antara tajuk yang bakal dikongsikan meliputi cara pemilihan ikan, perawatan hinggalah kepada pembuatan kolam hiasan. Jenis-jenis Ikan Koi – Susur Galur Varieti Kohaku Kohaku adalah varieti […]