Galeri Gambar Discus

Galeri Gambar Discus

Bagi peminat ikan hiasan, discus mungkin merupakan ikan tercantik. Ia mempunyai pelbagai varieti berdasarkan perbezaan warnanya. Ikan ini berasal dari hutan amazon yang kaya akan segala jenis spesies haiwan dan tumbuhan.

Bentuk tubuh discus yang unik tidak seperti kebanyakan ikan pada umumnya. Ikan discus kelihatan begitu menawan apalagi dengan warna yang menghiasi tubuhnya, sempurna untuk di pelihara dalam aquarium, yang dapat menarik perhatian banyak orang.
Kita tahu bahwa jenis ikan koi dan ikan arowana dalam pasaran harganya mampu mencapai ribuan ringgit, harga yang cukup tinggi dan mahal untuk seekor ikan. Namun ikan discus tidak kalah mahalnya berbanding ikan koi dan arowana, beberapa jenis menurut klasifikasinya dapat mencapai harga ribuan ringgit.
Berikut ini adalah beberapa jenis ikan discus termahal :
  • Albino Bulldog Chekerboard
  • Albino Bulldog Blue Diamond
  • Bulldog Leopard Snake
Albino Bulldog Chekerboard dan Albino Bulldog Blue Diamond mencapai harga RM5000  untuk ukuran ikan sepanjang 2,5 inchi. Sedangkan Bulldog Leopard Snake pula mampu dijual dengan harga RM2500 seekor. Ikan-ikan tersebut di atas adalah hasil pengembangbiakan dari negara Malaysia.
Apapun, discus biasa yang berukuran 2 inci bergarga disekitar RM20 – RM50 seekor berdasarkan jenisnya. Mari kita lihat gambar-gambar discus ini.

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih