Ikan Hiasan Akuarium Tercantik

discus_fishIkan Hiasan Akuarium Tercantik. Bagi peminat ikan hiasan terutama yang dipelihara di akuarium, berikut saya paparkan gambar-gambar ikan hiasan air tawar dan air laut (masin) yang dianggap tercantik. Selamat menjamu mata.


AROWANA

arowana1

Ikan air tawar. Ikan arowana juga dikenali sebagai arwana dan kelisa. Ia merupakan salah satu ikan hias air tawar yang banyak diminati oleh pecinta ikan hias untuk di pelihara pada aquarium yang menghiasi di dalam rumah. Ianya mempunyai banyak variasi dan terkenal sebagai ikan hias yang mahal.


KOI

koi1

Ikan air tawar. Koi atau (Cyprinus carpio) dibela bagi tujuan kecantikan di luar rumah (kolam koi atau taman air.). Kecantikan ikan ini adalah pada bahagian punggung dan gaya renangnya.

Terdapat banyak jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal disebut Gosanke. Yang termasuk Gosanke adalah :

1. Kohaku Kohaku merupakan jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah di atas warna putih.

2. Sanke Sanke adalah jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah dan hitam di atas warna putih. Corak hitam tidak terdapat di kepala.

3. Showa Showa adalah jenis ikan koi hitam dengan corak warna merah dan putih.


LUOHAN (FLOWER HORN)

luohan1

Ikan air tawar. Ikan Lou Han (bahasa Inggeris: Flowerhorn) diterbitkan dari bahasa Cina yaitu Lou Han. Luo han pertama kali muncul diMalaysia sekitar tahun 1996-1997. Ikan ini adalah keturunan dari Amphilophus trimaculatus.

Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula-mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum. Dari hasil kahwin silang inilah lahirlah Luo han yang dikenali masa kini.

Pada awalnya, hasil kahwin silang tersebut tidak diterima secara luas, tapi setelah dilakukan “penyempurnaan” maka terhasilah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama “Flowerhorn” atau “Luohan”. Proses pemilihan dan kahwin silang terus berlangsung sehingga dihasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.


RED PARROT

parrot

Ikan air tawar. Red parrot juga dikenali sebagai ikan kakaktua. Warna merahnya yang terserlah menyebabkan ianya amat menarik dipelihara dalam akuarium. Ikan ini boleh mencapai saiz sehingga 18cm.


DISCUS

discus_fish

Ikan air tawar. Ia mungkin merupakan ikan air tawar yang paling cantik serta banyak variasi berdasarkan warnanya. Harganya juga agak mahal. Discus bersais sekitar 3 inci berharga antara RM15 hingga RM30 berdasarkan variasinya. Makanan discus berupa jentik-jentik, blood worm dan antara yang terbaik adalah hati lembu (buatan).


JEWEL FISH

jewel-fish

Ikan air tawar. Ikan ini memiliki nama ilmiah Hemichromis cristatus, ciri utama ikan jewel dalah semburat warna merah di atas dasar biru berkilau. Itu sebabnya disebut sebagai ikan jewel (permata). Berupaya membesar sampai 12 cm, ikan jantan lebih besar dibanding ikan betina. Ikan ini agak garang.


CUPANG

cupang1

Ikan air tawar. Ikan Cupang (Betta sp.) adalah ikan air tawar yang habitat asalnya adalah beberapa negara di Asia Tenggara, antara lain Indonesia,Thailand, Malaysia, dan Vietnam. Ikan ini mempunyai bentuk dan karakter yang unik dan cenderung agresif dalam mempertahankan wilayahnya. Di kalangan penggemar, ikan cupang umumnya terbagi atas tiga golongan, yaitu cupang hias, cupang aduan (laga), dan cupang liar.

Ikan cupang mempunyai daya tahan hidup yang kuat. Ia boleh ditempatkan di bekas dengan volume air sedikit dan tanpa adanya alat sirkulasi udara (aerator), ikan ini masih dapat bertahan hidup.


GUPPY

guppy

Ikan air tawar. Juga dikenali sebagai gapi. Ianya mudah dipelihara dan dibiakkan. Guppy jantan mempynyai keistimewaan iaitu ekor yang besar dengan corak dan warna yang cantik serta berbagai.


REGAL TANG

blue-regal-tang

Ikan air laut. Ianya tergolong dalam family Surgeonfish, memiliki pisau kecil dari zat kapur yang dapat disembunyikan di depan sirip ekornya. Pisau kecil ini digunakan terutama untuk sistem pertahanan dalam menghadapi penyerang.


ANGEL FISH

angelfish


MOORISH IDOL

moorish-idol

Ikan air laut. Ianya agak sukar dipelihara dan harganya agak mahal.


MANDARIN FISH

mandarinfish

Ikan air laut. Biasanya memiliki pola dan warna yang sangat cantik. Harganya agak mahal. Mandarin Fish cuma memakan mikro-invertebrata yang hidup di batu karant. Untuk membolehkan ianya dipeliharan di akuarium rumah, kita perlu memiliki bebatuan koral yang cukup di dalam akuarium selama sebulan untuk membiarkan si ikan beradaptasi dengan persekitaran barunya


CLOWN FISH (IKAN BADUT/NEMO)

ikan-badut-clownfish-nemo

Ikan air laut. Dikenali sebagai ikan Badut malah ada yang memanggilnya ‘Nemo’. Ikan badut berwarna kuning, jingga, kemerahan atau kehitaman. Spesies terbesar mencapai panjang 18 cm, sementara yang terkecil hanya mencapai 10 cm.

5 Comments

  1. lebih mudah mempelihara ikan koi dan ikan cupang daya tahan masing-masing ikan tidak diragukan lagi..disamping cantik ikannya warna-warni pula..nice share…

  2. Seri Laman says:

    Saya peminat tegar koi dan kelisa (arowana) 🙂

  3. Amanda Mei Chandran says:

    Sangat cantik….

  4. Mohd Nasir Basrran says:

    Terima kasih kongsi info..

  5. Mitay Ginien says:

    terima kasih. info yang baik. gambarpun sangat cantik.

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih