Ikan Talapia – Asal Usul dan Kaedah Ternak

Ikan Talapia – Asal Usul dan Kaedah Ternak. Di Malaysia terdapat 2 jenis (spesies) ikan Talapia yang diketahui, ikan Talapia Merah dan ikan Talapia Hitam. Bagaimanapun terdapat lebih lebih kurang 30 spesies ikan ini dari jenis yang sama seluruh dunia. Talapia merupakan spesis ikan yang mudah hidup disamping mempunyai daya tahan yang tinggi, menyebabkan ianya menjadi pilihan utama penternak ikan air tawar.

Ikan Talapia – Asal Usul dan Kaedah Ternak

Talapia Merah
Talapia Hitam
Di Malaysia, iIkan talapia hitam banyak terdapat di lombong-lombong dan kolam terbiar, mungkin disebabkan faktor di atas selain kadar pembiakan yang banyak.
.
Talapia juga dikatakan menjadi ikan tangkapan yang penting di Afrika dan Levant. Dikatakan asal usul ikan ini adalah dari negara tersebut. Ikan Talapia Hitam (Oreochromis niloticus) merupakan ikan dari Sungai Nil. Ikan ini mula dijumpai di Malaysia pada tahun 1969 dan telah tersebar dengan meluas di beberapa daerah terutamanya kawasan sawah padi.

Ikan talapia merupakan ikan ketiga penting dunia selepas karp dan salmonid, dengan pengeluaran 1,505,804 tan metric pada 2002. Merupakan projek akuakultur yang penting di negara-negara dengan iklim sederhana seperti ASEAN. Di zon sederhana, penternakan ikan talapia memerlukan tenaga bagi memanaskan air kepada suhu tropika, kebiasaannya menggunakan haba sampingan dari kilang dan logi kuasa.

 
Nama-nama lain ikan talapia

  1. Di Taiwan ikan ini di panggil “Wu-Kuo”. Di pekenalkan dalam tahun 1946. Ikan Talapia di Taiwan adalah kacukan Oreochromis mossambicus dan Oreochromis niloticus niloticus. Merupakan ikan yang penting di dalam Taiwan untuk pasaran tempatan dan pasaran eksport. Kebanyakan ikan talapia di Taiwan di eksport ke Jepun dan Amerika.
  2. Di China ikan talapia di panggil “Luofei”, berdasarkan dari nama asal ikan ini: Nil dan Afrika (niLUO dan FEIzhou dalam bahasa Cina)
  3. Di Filipina ikan talapia disebut “pla-pla”.Pada 11 Januari 2008 Lembah Cagayan dijadikan pusat talapia Filipina. Penternakan ikan di Filipina adalah sangat menggalakkan,ini adalah kerana ikan ini digunakan dengan banyak cara, goreng, panggang, sinigang(masakan Filipina) dan banyak lagi resipi untuk ikan ini. Malah terdapat anugerah penternak ikan talapia yang berjaya. .
  4. Di Indonesia, ikan ini dikenali sebagai “ikan nila”. Diperkenalkan pada tahun 1969 dari Taiwan. Ada juga yang datang dari Thailand (Nila Citralada), Filipina (Nila GIFT) dan Jepun (Nila JICA). Badan Pengkajian dan Penerapan Teknologi Indonesia turut menghasilkan spesies baru “genetically supermale Indonesian tilapia” (GESIT). GESIT akan mengeluarkan benih 98% – 100% ikan talapia jantan. Kelebihan ikan ini adalah monoseks iaitu boleh menghasilkan benih ikan tanpa perlu persenyawaan.
  5. Di Arab Saudi, nama ikan talapia ialah “bolty”. Di Kenya dikenali dengan nama “ngege”.
  6. Di Amerika Syarikat, pengeluaran ikan talapia adalah sebanyak 1.5 juta tan pada tahun 2005. Penduduk dengan pendapatan rendah merupakan pembeli utama ikan talapia untuk mendapatkan makanan yang memenuhi keperluan diet mereka. Kebanyakan ikan talapia yang diternak di negara ini adalah dari spesies ikan talapia biru (Oreochromis aureus)

Ikan talapia makin terkenal masa kini. Berbagai resepi masakan talapia dicipta saban hari, malah banyak juga dijadikan juadah jamuan khenduri kahwin. Talapia mudah didapati di pasar-pasar, pasar malam malah supermarket juga turut menjual talapia.

Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram..

TERNAKAN IKAN TALAPIA 

Ternakan ikan tilapia. Ada sesiapa di antara anda yang terlibat dengan perniagaan ikan tilapia? Samada pembeli atau pembekal ikan talapia merah / hitam. Bukan apa maklumat perniagaan yang ingin aku kongsikan kali ini adalah tentang perniagaan ikan tilapia. Jadi sekiranya terdapat dikalangan anda yang mempunyai pengalaman dan info tambahan, bolehla kongsi bersama aku melalui ruangan komen di bawah. Apa yang aku hendak aku kongsikan adalah beberapa maklumat mengenai harga ikan tilapia, ternak ikan talapia merah, dapat pinjaman untuk penternakan, panduan membina kolam ikan / panduan membina kolam ikan kecil dan beberapa teknikal lain yang berkaitan.

Harga Terkini Ikan Tilapia.
Untuk pengetahian anda, harga terkini/pasaran dengan harga tawaran berbeza. Selalunya harga tawaran lebih rendah daripada harga terkini. Selain itu harga juga bergantung pada saiz ikan, lokasi tempat (ikut negeri) dan cara penternakan (teknologi Taiwan). Daripada survey aku baru-baru ini, aku dapati harga terbaru (update) ikan tilapia ialah RM5.50 per kg di mana saiz ikan adalah 700gm – 1kg seekor, manakala di Seremban harga tilapia merah RM8-10/kg. Sekiranya anda mempunyai harga ikan talapia yang lebih terkini di lokasi tempat anda sila masukkan di ruangan komen. Nanti aku update semula di dalam artikel ini.

 

Kaedah Penternakan Ikan Tilapia 

Pemilihan Tapak
Tapak serta lokasi yang dipilih akan menentukan keupayaan muatan sangkar (carrying capacity) kerana kualiti air bergantung kepada keadaan persekitaran luar sangkar. Aliran air menerusi sangkar semasa bekalan air dari empangan, tiupan angin atau pergerakan ikan dalam sangkar akan menambahkan oksigen terlarut dan mengeluarkan bahan buangan dari dalam sangkar. Antara faktor penting yang telah diberi perhatian semasa pemilihan tapak pemasangan sangkar bagi ternakan ikan tilapia merah ialah kualiti air, kedalaman air dan kelajuan air. Kualiti air dan persekitaran yang baik memberi kesan terhadap pembesaran ikan tilapia dengan cepat bagi sistem ternakan secara intensif. Sebagai panduan parameter-parameter yang dianalisis dan diperlukan bagi kesesuaian ternakan ikan tilapia merah ( Oreochromics niloticus ) adalah :

  1. Suhu air – 20-35 0 C ( Optimum 28-32 0 C )
  2. pH air – 6-8
  3. Oksigen terlarut – lebih dari 2.5 ppm
  4. Karbon dioksida – kurang dari 2.5 ppm
  5. Ammonia – kurang dari 1.0 ppm
  6. Kemasinan – 0-20 ppt

Kedalaman air antara 3 – 5 meter dalam terusan/taliair Utama memang sesuai untuk ternakan ikan tilapia dalam sangkar. Kedalaman air melebihi 1 meter antara permukaan terusan adalah masih sesuai bagi ternakan ikan dalam sangkar. Ini bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan bakteria patogenik terhadap ikan yang terdapat di dasar permukaan terusan/taliair. Kedalaman air 2-3 meter dalam terusan/taliair Sekunder sesuai untuk ternakan ikan dalam sekatan/kandang (pen culture). Kelajuan arus air yang disyorkan adalah antara 10-25 cm/saat bagi memastikan pertukaran air yang baik. Sekiranya kadar kelajuan terlalu perlahan, berlaku kekurangan oksigen terlarut dan ikan yang diternak akan mengalami ketegasan (stress) serta mati. Jika kelajuan air terlalu kuat, ikan tilapia perlu menggunakan tenaga yang berlebihan untuk berenang melawan arus dan sebahagian daripada makanan akan mudah hilang dibawa arus kuat.

Rekabentuk dan Pembinaan Sangkar Ikan Tilapia
Modul sangkar yang digunakan mengandungi 20 petak sangkar pada setiap ‘array’. Saiz kerangka bagi satu petak sangkar adalah 3.45m x 3.45m iaitu 3.45m panjang dan 0.45m tinggi. Struktur kerangka sangkar menggunakan bahan plastik HDPE (High density polyethlene ). Saiz mata pukat 25.0 mm yang digunakan sesuai untuk pertukaran air yang maksimum. Kedalaman jaring pukat kurungan ikan adalah antara 1.8 – 2.0 meter. Isipadu jaring kurungan ikan dalam sangkar bersaiz 3 m x 3 m adalah antara16-18 meter padu. Sangkar yang menggunakan kerangka besi (G.I Pipe) bersaiz 6 m x 6m boleh digunakan bagi mengurangkan kos.

Pengurusan Anak Ikan Tilapia Merah
Dalam penternakan ikan tilapia. Pengurusan anak ikan tilapia secara sempurna dapat mengurangkan kos pengeluaran serta memendekkan tempoh masa ternakan kepada 4-5 bulan. Biasanya, anak ikan tilapia yang berumur dalam lingkungan 2-3 bulan bersaiz 50-70 gm seekor akan dipindah ke sangkar ternakan. Terdapat 3 peringkat pengurusan anak ikan tilapia merah yang perlu diberi perhatian iaitu peringkat pengasuhan anak ikan, pelepasan stok dan pemilihan serta pengasingan anak ikan mengikut saiz.

Pengasuhan Anak Ikan Tilapia Merah
Anak ikan yang bersaiz 2.5-5.0 cm perlu diasuh dahulu sebelum dilepas ke dalam sangkar atau kolam ternakan. Tujuan pengasuhan adalah untuk memilih anak ikan yang sihat, cepat membesar dan bersaiz seragam (50-70 gm seekor) serta memastikan agar anak ikan tidak terkeluar dari sangkar. Pengasuhan anak ikan tilapia merah boleh dilakukan di dalam kolam tanah dan dalam sangkar menggunakan ’haba’.

Kadar Pelepasan Benih
Kadar pelepasan benih (stoking rate) bergantung pada peringkat pembesaran dan mengikut keperluan saiz ikan tilapia dalam pasaran. Selalunya pada peringkat awal, anak benih bersaiz kecil antara 2.5 – 5.0 cm perlu diasuh selama 60-90 hari. Kerjakerja asuhan boleh dilakukan di dalam sangkar dan kolam tanah. Kadar pelepasan anak ikan tilapia dalam sangkar,peringkat asuhan antara 3,000 – 4,000 ekor sesangkar. Kadar pelepasan anak ikan peringkat asuhan dalam kolam tanah adalah 350-450 ekor semeter persegi. Setelah mencapai saiz 7-10cm (50-70 gram seekor), anak benih ikan tilapia sesuai dipindahkan ke sangkar ternakan dengan jumlah 500 ekor setiap sangkar bagi sangkar bersaiz 3 m x 3 m manakala sangkar bersaiz 6 m x 6 m jumlah benih yand dimasukan adalah 2,000 ekor .

Kadar Pemberian Makanan Ikan
Kadar pemberian makanan ikan mesti diubah setiap bulan dengan mengambil kira anggaran berat badan ikan di dalam sangkar. Cara yang baik adalah dengan menangkap 5-10 ekor ikan tilapia setiap sangkar dan ditimbang bagi mendapatkan purata berat badan seekor pada hari berkenaan. Seterusnya dikira jumlah makanan setiap sangkar mengikut anggaran 3-5% dari berat badan bagi keperluan setiap sangkar.

Penuaian Hasil Ikan Tilapia
Ikan tilapia dituai apabila mencapai saiz 500-600 gm seekor. Bagi pasaran restoran, keutamaan diberi kepada ikan yang bersaiz melebihi 600 gm seekor dalam bentuk ikan hidup. Manakala ikan yang bersaiz antara 450-500 gm seekor lebih sesuai untuk pasaran tempatan(pasar tani dan pasar malam). Benih tilapia yang bersaiz 7- 10cm(50-70g) diternak dalam sangkar selama 5-6 bulan untuk mencapai saiz purata 600 gm seekor. Kadar pelepasan ikan tilapia pada setiap sangkar adalah sebanyak 650-850 ekor dan anggaran hasil yang dituai adalah antara 350-400 kg sesangkar. Penuaian ikan hendaklah dilakukan dengan baik untuk mengelakan ikan terkejut(stress).

Pemasaran Ikan Tilapia
Pada masa ini pasaran ikan tilapia di kawasan MADA hanya tertumpu untuk kegunaan dalam negeri sahaja. Pemasaran ikan tilapia dilakukan melalui dua kaedah iaitu pemasaran ikan hidup dan mati. Ikan yang dijual secara hidup mendapat harga lebih tinggi daripada ikan mati. Harga jualan borong ikan adalah antara RM4.00-RM4.50 sekilogram dan manakala harga runcit adalah RM5.00- RM6.00 sekilogram.

Sumber :
Google

Dapatkan E-Book Ikan Talapia

ebook ikan talapia

3 Comments

  1. faridah says:

    saya nak maklumat dan asal usul ikan talapia

  2. Rahezar Rahmat says:

    Salam semua pembaca.. saya mencari peluang pasaran utk ikan talapia merah yg diusahakan di kolam sendiri (tanah pertanian/kebun, sumber air bukit, ikan gred A 600g-900g seekor & gred B 400-500g, ikan terbaik dan tidak hanyir) di Jelebu, Negeri sembilan yg boleh menghasilkan 1.5tan setiap bulan. Pemborong yg berminat boleh hubungi saya di 016-3313371.

  3. naim says:

    Salam.sy membekal benih ikan talapia,patin. Kualiti keutamaan
    kami. Jika berminat sila hubungi saya 0137774606/0134844606.

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih