Kenali Bunga Kebangsaan Negara-negara Asia Tenggara

bunga kebangsaan ASEAN

Kenali Bunga Kebangsaan Negara-negara Asia Tenggara. Tahukah anda bunga kebangsaan negara-negara jiran kita dalam ASEAN? Asia Tenggara atau lebih di kenali sebagai negara-negara ASEAN terdiri daripada 10 buah negara. Kali ini kita akan berkongsi info tentang bunga kebangsaan negara-negara jiran kita dalam ASEAN. Moga bermanfaat.

10 buah negara ASEAN

10 buah negara ASEAN

 

1. Malaysia

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan bagi Malaya (sekarang Malaysia) pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri ketika itu iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Sebagai bunga kebangsaan juga, bunga raya didaftarkan sebagai objek warisan negara di bawah kategori Objek Warisan Ketara pada tahun 2007, sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005. Malah, acara sambutan meraikan ulang tahun ke-50 bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang julung kali diadakan pada 30 September 2010.

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) - MALAYSIA

Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) – MALAYSIA

 

2. Indonesia

Bunga kebangsaannya ialah bunga Anggerik Bulan (Phalaenopsis Amabilis) atau The Moon Child dalam bahasa omputehnya, bungaJasminum Sambac dan bunga Rafflesia Arnoldii. Ya, ada tiga jenis semuanya yang dijadikan bunga kebangsaan kat sana. Bunga Anggerik Bulan tu berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam setahun dan gugur selepas dua ke enam bulan kemudian. Bunga ni banyak didapati di kawasan tanah rendah di Indonesia.

Angrek Bulan - INDONESIA

Angrek Bulan – INDONESIA

 

3. Singapura

Bunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaitu Vanda Miss Joaquim. Bunga ni berwarna ungu dan berkembang sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di serata Singapura.

Orkid Vanda Miss Joaquim - SINGAPORE

Orkid Vanda Miss Joaquim – SINGAPORE

 

4. Thailand

Bunga kebangsaannya ialah Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn). Rupanya macam dalam gambar kat bawah ni. Tak tau lak Kak Yah nama Melayunya. Kalau korang tau, bolehlah korang kasi tau, ye? Bunga ni berkelompok-kelompok dan berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna agama Buddha yang melambangkan kemenangan dan kecemerlangan. Biasanya berkembang dalam bulan Februari hingga ke May dan menjadi lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat Thailand. Bunga ini banyak ditanam di sepanjang tepian jalanraya di negara ini.

Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn) - THAILAND

Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn) – THAILAND

 

5. Viet Nam

Bunga kebangsaan negara Viet Nam ialah Bakawali atau Lotus. Dikenali sebagai Bunga Senjakala, bunga ini banyak didapati di tasik dan kolam di serata negara ini. Bagi rakyat Vit Nam, bunga ini adalah lambang kesucian, komitmen dan harapan baik untuk masa depan mereka. Nama bunga ini selalu disebut di dalam sajak dan puisi rakyat negara ini.

Bunga Bakawali atau Lotus - VIET NAM

Bunga Bakawali atau Lotus – VIET NAM

 

6. Filipina

Bunga kebangsaannya ialah Sampaguita Jasmine (Arabian Jasmine). Bunga ini berwarna putih dan berkembang sepanjang tahun. Baunya amat harum dan setiap kali mengeluarkannya bau itu boleh tahan selama sehari. Bagi rakyat Filipina, bunga ini melambangkan kesucian dan kekuatan. Bunga ini berasal dari pergunungan Himalaya dan kerap disebut di dalam puisi dan lagu orang-orang di negara ini.

Sampaguita Jasmine (Arabian Jasmine) - FILIPINA

Sampaguita Jasmine (Arabian Jasmine) – FILIPINA

 

7. Brunei Darussalam

Bunga kebangsaan Negara Brunei ialah Simpor (Dillenia Suffruticosa). Bunga ini berwarna kuning cerah dan berdaun lebar. Apabila berkembang penuh, kelopak-kelopaknya menyerupai sebuah payung. Gambar bunga ini digunakan pada wang kertas satu ringgit Brunei. Juga kerap kali digunakan sebagai corak pada hasil kraftangan tradisional Brunei. Bunga ini banyak tumbuh di sepanjang sungai-sungai di negara ini terutama di Sungai Temburong. Pokok bunga ini boleh digunakan sebagai ubat luka.

Simpor (Dillenia Suffruticosa) - BRUNEI

Simpor (Dillenia Suffruticosa) – BRUNEI

 

8. Myanmar

Bunga kebangsaannya ialah Paduak (Pterocarpus Indicus). Bunga ini kecil-kecil dan berwarna kuning emas. Biasanya berkembang mekar dalam bulan April iaitu semasa rakyat Myanmar menyambut perayaan tahun baru mereka. Rakyat Myanmar menganggap tumbuhan ini sebagai lambang kekuatan dan ketahanan. Bunganya yang cantik itu pula adalah lambang keremajaan, cinta dan asmara. Biasanya digunakan dalam upacara keagamaan dan tradisi penduduk negara ini. Pokok bunga ini banyak didapati di serata tempat dan kayunya sering dijadikan perabut.

Paduak (Pterocarpus Indicus)- MYANMAR

Paduak (Pterocarpus Indicus) – MAYNMAR

 

9. Cambodia (Kampuchea)

Bunga kebangsaan negara ini ialah Rumdul (Mitrella Mesnyi). Bunga ini berwarna putih-kuning dan mengeluarkan bau yang harum pada waktu petang. Pokok Rumdul ini boleh tumbuh setinggi 8 hingga 10 meter dan banyak didapati di seluruh Cambodia. Biasanya bunga ini dijadikan tanaman hiasan di taman-taman bunga.

Rumdul (Mitrella Mesnyi) - CAMBODIA

Rumdul (Mitrella Mesnyi) – CAMBODIA

 

10. Lao PDR (Laos)

Bunga kebangsaan negara Laos ialah Dok Champa (Plumeria). Bunga berlilin ini berbau manis dan boleh didapati dalam warna merah, kuning, pink dan warna campuran. bagi rakyat negara ini, Bunga Dok Champa melambangkan kegembiraan dan ketulusan. Bunga ini kerap kali dijadikan hiasan dalam sesuatu upacara ataupun dijadikan kalung menyambut ketibaan tetamu. Tanaman ini banyak didapati di serata negara ini dan berkembang setiap hari untuk suatu tempoh yang agak panjang.

Dok Champa (Plumeria) - LAOS PDR

Dok Champa (Plumeria) – LAOS PDR

 

2 Comments

  1. Nurul says:

    Bagus, rujukan tahun 6 2016 untuk mata pelajaran sejarah…

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih