Kenali Ikan Discus (Part 1). Discus (Symphysodon spp.) adalah satu dari tiga spesies ikan airtawar cichlid yang berasal dari lembah Sungai Amazon. Discus adalah sejenis ikan akuarium yang popular di beberapa negara Asia.
TAKSONOMI
- Discus biasa (Symphysodon aequifasciatus),
- Discus Heckel (Symphysodon discus) dan
- Spesies baru yang belum diberi nama iaitu Symphysodon tarzoo.
Bagaimanapun, sebuah kajian lanjut yang diterbitkan pada bulan Ogos 2007 mencadangkan bahawa genus dikelaskan dalam spesies: S. aequifasciatus (discus hijau), S. haraldi (discus biasa/biru/perang) dan S. discus (Discus Heckel). Kedua-dua kajian mencadangkan tiga jenis spesies; dengan pengecualian akan nama-nama saintifik bagi setiap satunya.
PENAMPILAN
PEMBIAKAN
LOKASI DAN HABITAT
Spesies Symphysodon mendiami tasik-tasik dan sungai-sungai di dataran banjir di tanah rendah lembangan Sungai Amazon, di mana ia merupakan sebahagian daripada kepelbagaian ikan Neotropical.
Tiga spesies dari Symphysodon mempunyai taburan geografi yang berbeza. S. aequifasciatus boleh dijumpai di Rio Solimões, Rio Amazonas dan Río Putumayo-Içá di Brazil, Colombia dan Peru. Berbeza dengan taburan S. discus yang boleh ditemui dengan terhad di hilir sungai-sungai Abacaxis, Rio Negro dan Trombetas. S. tarzoo boleh dijumpai di hulu Manaus di barat Amazon
GAMBAR VARIETI DISCUS
Rujukan
Wikipedia
Google
Slideshare
Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih