Kenali Jenis Rumput Untuk Laman Anda

Rumput-01

Kenali Jenis Rumput Untuk Laman Anda. Rumput memainkan peranan penting dalam menghasilkan lanskap yang indah untuk kediaman, bangunan, taman, padang dan sebagainya. Kesan hijaunya menyejukkan mata memandang, membuatkan perasaan menjadi tenang dan ceria. Tahukah anda jenis-jenis rumput yang biasa ditanam di negara kita untuk tujuan lanskap?. Kali ini saya akan berkongsi info Kenali Jenis Rumput Untuk Laman Anda. Moga bermanfaat.

 

JAPANESE GRASS / ZOYSIA MATRELL

JAPANES GRASS - ZOYSIA MATRELL

Zoysiagrass Selalunya ialah rumput Zoysia matrella atau kekadang Zoysia japanica atau Zoysia tenufolia dan beberapa hybrid dari Zoysia japanica dan Zoysia tenufolia. Ciri=cirinya:

  • Ia mempunyai warna hijau muda sama seperti Serangoon grass tetapi ia lebih kurus.
  • Tumbuh menegak lebih dari tumbuh mendatar oleh itu bersedialah untuk kerja memotong yang lebih banyak.
  • Ia juga lambat tumbuh rapat oleh itu kena banyak bersabar jika anda memilih rumput ini.
  • Rumput ini cantik bila di bela dengan rapi. Tapi seperti apa-apa lagi yang cantik; kos ‘maintenance’ juga tinggi. Ia perlu lebih baja dan kerana ia tumbuh menegak. Pastikan rumput liar dicabut dengar sekali untuk megelakan pembiakan berlaku dikawasan rumput.
  • Kandungan silika yang lebih dari rumput lain, oleh itu ia juga lebih keras. Zoysia matrella mempunyai ketahanan lindungan yang baik walaupun tidak sebaik Cowgrass. Cara utk membezakan matrella dan japonica ialah; tunggu sampai berbunga, bunga dari matrella akan berwarna merah. Rumput ini juga lasak utk digunakan di padang bola/golf dan atau taman permainan.

Harga : RM 2.50 persqft

 


RUMPUT KARPET / PHILIPPINES GRASS

PHILIPINE GRASS - RUMPUT CARPET

Rumput ini sesuai tempat yang lapang dan terdedah pada cahaya matahari sehingga 5jam jika tidak rumput akan cepat panjang dan tidak rata.

  • tanam rumput 1Sesuai ditanam dihalaman rumah kerana status penjagaan lebih mudah, tahan lasak, tahan serangan virus/serangga perosak.
  • Digalakkan mengunakan baja urea 48% kerana baja kimia cepat dan mengelakkan dari jangkitan kulat.
  • Pastikan rumput liar dicabut dengar sekali untuk megelakan pembiakan berlaku dikawasan rumput.Setiap bulan rumput dipotong dan baja, jangan risau kalau kawasan yang di potong kelihatan kuning selepas dipotong ianya memelurkan masa seminggu untuk naik hijau, rata dan cantik

Harga : RM 1 persqft


PEARL GRASS / MUTIARA GRASS

PEARL GRASS - RUMPUT MUTIARA
Berdaun lebar dan cantik. Ciri lain:

  • Perlu penjagaan rapi terutama siraman dan pembajaanIanya tidak tahan cuaca panas. Kelebihan rumput mutiara, ianya berwarna hijau pekat dan melepaskan oksigen lebih daripada rumput biasa.
  • Tidak perlu di potong ( triming ) terlalu kerap memadai degan cantasan ringan.
  • Digalakkan mengunakan baja urea 48% kerana baja kimia cepat dan mengelakkan dari jangkitan kulat.
  • Pastikan rumput liar dicabut sebulan sekali untuk megelakkan pembiakan berlaku dikawasan rumput.

Harga : RM 1 persqft


AXONOPUS COMPRESSUS / COW GRASS

COW GRASS - AXONOPUS COMPRESSUS
Rumput yang amat tahan lasak, sering digunakan dimerata-rata tempat, padang permainan, bahu jalan atau lapangan-lapangan riadah. Ianya tahan daripada segala serangan perosak,penyakit,cuaca dan rumput liar. Tetapi perlu triming kerap lebih baik 2 minggu sekali kerana cow grass amat mudah membiak dalam masa yang singkat.

Terdapat 2 jenis rumput Cow grass yang sering dibekalkan oleh penjual rumput.

  1. Rumput cangkul
    • Saiz sekeping adalah lebih kurang 1 kaki panjang dan 1 kaki lebar
  2. Rumput mesin (“Sod Cutter”)
    • Selalu di guna pakai dalam kuantiti yang besar seperti padang bola
      • Harga rumput dengan pengangkutan lori 6 tayar panjang 17 kaki lebih kurang 1, 200 kaki persegi RM 650
      • Harga rumput dengan pengangkutan traler 40kaki lebih kurang 10, 000 kaki persegi RM 3,800

RUMPUT BATIK / VARIGATA GRASS

VARIGATA GRASS - RUMPUT BATIK
Corak pada daunnya gabungan hijau dan putih. Ciri dan penjagaan:

  • Perlu penjagaan rapi terutama siraman dan pembajaan Ianya tidak tahan cuaca panas. Kelebihan rumput mutiara, ianya berwarna hijau dan putih dan melepaskan oksigen lebih daripada rumput biasa.
  • rumput batikTidak perlu di potong ( triming ) terlalu kerap memadai degan cantasan ringan.
  • Digalakkan mengunakan baja urea 48% kerana baja kimia cepat dan mengelakan dari jangkitan kulat.
  • Pastikan rumput liar dicabut dengar sekali untuk megelakan pembiakan berlaku di kawasan rumput.

Harga : RM 2 persqft

 

Sebagai kredit buat pembekal yang menyediakan info dan foto, rakan-rakan yang berminat bolehlah hubungi beliau

HUBUNGI TEL: 012 666 7501 eMAIL : grass2u@gmail.com http://www.facebook.com/grass2u

1 Comment

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih