Khasiat Buah Strawberi

Khasiat Buah Strawberi. Strawberry berasal dari Amerika dan dikembangbiakkan dengan baik di daerah Amerika Utara untuk jenis Fragaria (Virginia strawberry, wild strawberry atau common strawberry) yang terkenal akan rasanya. Strawberi jenis Fragaria Chiloensis (beach strawberry, Chilean strawberry atau coastal strawberry) pula didapati di Amerika Selatan (Chile). Nama Fragaria diambil dari kata ”Fragans” yang artinya harum yang merujuk dari bau harum buah strawberry.

Beberapa etimologi dari kata Strawberry antara lain ialah;- dari kegiatan tukang kebun dengan menggunakan batang ”straw” untuk menanam pokok buah ini  atau juga dapat berasal dari zaman Anglo-Saxon. Kata kerja untuk menaburkan ialah“Strew”(bermaksud untuk menyebar di sekelilingnya), ”Streabergen” (Strea berarti ” menaburkan” dan Bergen berarti biji atau buah). Kemudian ia menjadi streberie, straiberie, strauberie, straubery, strauberry, dan akhirnya menjadi ”Strawberry”. Nama ini digunapakai kerana faktanya bahawa benih / biji dari buah ini ditaburkan ( Strewn ) sepanjang tanah.

Dalam sejarah Yunani kuno, strawberi dikenali sebagai lambang dewi Cinta kerana rupa dan sifatnya.. Keindahan cinta dilambangkan oleh warna, rasa, dan kebolehan buah ini. Dari segi fizikalnya buah ini terbilang cantiknya, menggiurkan, feminin, sensitif dan manis, seperti layaknya seorang wanita. Maka, banyak orang menyebut buah strawberry dengan buah cinta





Khasiat Makan Buah Strawberi

1. Menurunkan kadar kolesterol
Khasiat Buah Strawberi. Potassium di dalamnya merupakan salah satu mineral yang disarankan untuk ada dalam pola menu orang yang ingin menurunkan tekanan darah. Makan strawberi dapat membantu, kerana satu gelas strawberi mengandungi sekitar 270 miligram potassium. Jumlah yang sama juga menyumbang sekitar 4 gram serat, yang membantu menurunkan kadar kolesterol darah dan menyihatkan saluran pencernaan.

2. Mencegah kanser
Khasiat Buah Strawberi. Membantu melumpuhkan kerja Aktif kanser kerana asam ellagic yang dikandungnya. Vitamin A yang terdapat di dalam buah ini, dapat membantu mencegah pembentukan radikal bebas, vitamin C menjaga reaksi bahaya di dalam sel, vitamin E dan asam ellagic akan bertugas melindungi dinding sel dari kerosakan kerana radikal bebas.

3. Mencegah Leukimia
Khasiat Buah Strawberi. Buah strawberry juga memiliki efek terapi yang sangat baik untuk mencegah penyakit leukimia, anemia (kurang darah) dan penyakit darah. Dua jenis zat yang terkandung di dalamnya, “strawberi amine” clan “asam tanae,, memiliki efek mengekang pertumbuhan dan terjadinya tumor ganas.

4. Mempertajam daya ingat serta kesehatan mental dan menjaga penglihatan agar terang.
Khasiat Buah Strawberi. Faedah ini dapat diperolehi jika kita secara rutin mengambil strawberry, paling tidak satu sampai tiga gelas minuman stawberi. Penelitian juga telah menunjukkan bahwa bahawa, selain memiliki efek anti – anemia, folat yang ditemukan dalam buah strawberry juga bermanfaat untuk meningkatkan daya ingat, konsentrasi dan kemampuan otak untuk memproses informasi . Ini juga penting untuk mencegah cacat otak pada bayi semasa ibu hamil.

5. Anti Penuaan (Awet muda)
Khasiat Buah Strawberi. Buah lambang cinta ini ternyata juga memiliki konsentrasi tujuh zat anti oksidan yang lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain, sehingga strawberry merupakan buah yang efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh kerana radikal bebas. Kandungan vitamin BI, B2, C dan Provitamin A pada strawberry dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit lebih cerah, bersih serta dapat mencegah terjadinya pengeriputan pada kulit.  

6. Menegangkan Kulit

Khasiat Buah Strawberi. Strawberry yang dimakan secara teratur dapat menegangkan, menghaluskan, serta membuat warna kulit lebih cerah dan bersih. Selain memakannya secara teratur anda juga boleh mencoba resepi ‘homemade’ lulur strawberi ini. Siapkan :-
  • 3 buah strawberi segar,
  • 3 sudu makan madu,
  • 3 sudu makan baking soda,
  • 3 sudu makan gula pasir,
  • sedikit air.
Kemudian blenderlah semua bahan tadi hingga lembut. Strawberi akan membuat kulit  halus dan wangi, madu dipercayai mengandung banyak vitamin E, baking soda akan membantu membersihkan kulit, sedangkan gula yang berbentuk butiran akan bekerja seperti scrub yang akan membantu menghilangkan tompokan sel-sel kulit mati pada kulit anda.

7. Sesuai bagi pengidap diabetes
Khasiat Buah Strawberi. Buah ini hanya mengandung sedikit gula sehingga tidak memudaratkan penderita diabetes. Antosianin tergolong dalam komponen flavonoid. Senyawa ini merupakan pigmen pemberi warna merah pada strawberi. Anthocyanin memiliki efek dalam menurunkan tekanan darah serta melindungi terhadap masalah-masalah yang disebabkan oleh diabetes.

8. Ketenangan hati
Khasiat Buah Strawberi. Pengambilan buah strawberry dapat merangsang pelepasan serotonin, yang dapat meningkatkan suasana hati sekaligus bertanggung untuk menjaga suasana hati tetap baik dan rileks.

9. Memutihkan Gigi

Khasiat Buah Strawberi. Dapat dijadikan sebagai pemutih gigi, dengan menghancurkannya kemudian di tempelkan pada gigi selama satu atau dua minit, kemudian gosok dengan berus gigi secara menyeluruh. Selain gigi menjadi putih, bau mulut pun akan hilang.

Tips penyimpanan buah strawberi

Strawberry sebaiknya dimakan sesegera mungkin dan usahakan jangan dicuci kecuali jika ingin dimakan. Strawberry sebaiknya disimpan dalam bekas tertutup untuk mencegah kerosakan . Strawberry juga tidak boleh terkena sinar matahari untuk waktu yang lama kerana akan membuatnya cepat rosak.



Semoga bermanfaat.

 

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih