Khasiat Pokok Ketumpang Air

Khasiat Pokok Ketumpang Air

Khasiat Pokok Ketumpang Air. Pokok Ketumpang Air (Pepperomia pellucida) ini tumbuh melata di negara kita.  Oleh kerana ia sering tumbuh secara terbiar, ia menjadi rumpai dan sering dibuang.

Sebenarnya pokok ini smempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan. Pokok Ketumpang Air turut di kenali sebagai sireh cina, sireh laut, sireh pasir, sireh air dan sireh bunian. 

Pokok ini sebenarnya ada dijual di kedai sinsei cina tetapi dalam bentuk yang telah dikeringkan dan dijual RM10 untuk 100gram.(mahal juga tu sebenarnya)

 
Khasiat Perubatan
  • Merawat Gout
  • Penawar sakit sendi dan perut
  • Jus perahannya mampu mengelakkan jangkitan pada mata
  • Mengubati dan meredakan cirit-birit
  • Meredakan batuk
  • Meredakan Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
  • Merawat Buasir
  • Melegakan selsema
  • Merawat jangkitan pada pundi kencing
  • Merawat Kayap
  • Alternatif kepada ubatan darah tinggi
  • Merawat kencing manis

Selain itu, pokok ini juga sedap dibuat sayur goreng kerana rasanya yang tidak pahit. Selain dimasak ianya juga boleh dijadikan salad, direbus dan di minum airnya. Ternyata memang pokok yang selama ini kita anggap tiada guna rupanya mempunyai khasiat yang tinggi dalam perubatan. Jadi selepas ini, anda mungkin boleh memastikan pokok ini hidup subur dan menjadikannya diet terbaik untuk keluarga anda.

100g salad pepperomia mengandungi 277mg kalium, 1.1g karbohidrat, 0.5g protein, 0.5g lemak, 94mg kalsium, 13mg fosforus, 4.3mg ferum, 1250mg beta karotin dan 2mg asid askorbik (Vitamin C).
Selain dibuat salad, daunnya boleh dikeringkan dan dibuat teh (infusion).

Daun salad pepperomia telah lama digunakan dalam perubatan tradisional terutamanya di India.  Ini kerana bahan tersebut mempunyai ciri anti-bengkak dan sebagai penahan sakit.  Ia juga mempunyai ciri antibakteria yang melawan Staphylococcus aureus, Bacillus subtilis, Pseudomonas aeruginosa, and Escherichia coli.

Air rebusan dijadikan minuman untuk mengurangkan asid urik. jadi ia sesuai dijadikan ubat gout dan untuk mengubat masalah buah pinggang.

Rebus 1 ½ cawan pokok pepperomia dalam 2 cawan air selama 15-20 minit.

Kaedah Penggunaan

 

Khasiat Pokok Ketumpang Air

Gambar Pokok Ketumpang Air

Sumber :

3 Comments

  1. Siti says:

    Bgaimana pokok ni membiak.?

  2. jannah anna says:

    saya tengah membuat kajian tentang pokok ini tapi saya memerlukan pokok ini dalam kuantiti yang banyak untuk meneruskan kajian saya… boleh tolong saya mcm mana saya nak dapatkan pokok ini ?

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih