Menanam Kurma Daripada Biji

Menanam Kurma Daripada Biji. Di Malaysia amat jarang dapat dilihat pokok kurma. Namun sejak akhir-akhir ini ada beberapa pihak yang berjaya menanam dan berbuah. Benih kurma selalunya boleh didapati dari nurseri tanaman, yang mana selalunya diimport dari luar negara.Tahukah anda bahawa kurma juga boleh ditanam daripada bijinya dengan mudah.

tanam kurma daripada biji

Berikut adalah cara-cara menyediakan sendiri benih kurma.

  1. Cari kurma yang enak dan anda sukai di pasaran, makan isinya dan kumpulkan bijinya.
  2. Kurma yang ada di pasaran ini memang tidak secara khusus diperuntukkan sebagai bibit, tetapi tidak masalah juga kerana hasil percubaan saudara Muhaimin Iqbal di Indonesia – kira-kira 1/3 dari biji kurma tersebut insyaAllah boleh tumbuh. (33% kejayaan).
  3. Rendam biji kurma tersebut dalam 24 jam, setelah itu bersihkan sisa-sisa isi buah yang masih ada. Ulangi sekali lagi untuk 24 jam berikutnya. Melalui cara ini kita membersihkan biji kurma sampai benar-benar bersih dari sisa-sisa isi buah. Jika isinya masih ada, ini mungkin menjadi penyebab kulat yang akan merosakkan benih.
  4. Biji yang telah benar-benar bersih, ditanam dalam bekas plastik supaya terjaga kelembabannya. Caranya di dasarnya bekas plastik diletakkan kertas tisu yang dibasahkan. Biji kurma ditempatkan di atas kertas tisu basah ini dan kotak ditutup. Dengan demikian di dalam kotak akan tetap lembab untuk waktu yang lama.
  5. Kegembiraan anda akan muncul setiap pagi ketika anda membuka kotak menunggu biji kurma mulai tumbuh. Agar ini juga menjadi kebahagiaan di akhirat nanti, maka niatkan bahawa perbuatan kecil ini adalah langkah awal anda untuk ikut memberi makan bagi dunia sampai ratusan tahun yang akan datang. Aamiin!
  6. Sekitar hari ke 15, akan mulai ada biji yang mengeluarkan bintik putih. Makin hari makin membesar, itulah bakal akar. Bila akar mencapai panjang satu atau dua cm, pindahkan biji benih ke pot-pot kecil yang diisi media tanam – boleh dibeli di nurseri tanaman.
  7. Sekitar satu bulan di media tanam, dari akar putih tadi akan mulai muncul daun. Gambar di bawah adalah gambaran dari benih-benih kurma yang sudah menghasilkan akar dan daun.
  8. Kemungkinan akar akan menembus pasu kecil anda, tempatkan pasu-pasu anda pada bekas yang berisi air – agar akar tidak kering dan membantu menjaga kelembaban tanah di dalam pasu.
  9. Setelah daun mencapai ketinggian 60 cm atau lebih pindahkan ke polybag atau pasu yang besar atau tanah yang sesuai.

Dengan cara sederhana ini insyaAllah anda sudah boleh menanam kurma. Namun para professional pertanian biasanya kurang menyukai cara ini kerana tidak tahu apakah kurma yang anda tanam itu nantinya tumbuh sebagai pohon kurma jantan atau pohon kurma betina.
Pekebun kurma pada umumnya suka kurma betina kerana dialah yang menghasilkan buah kurma nantinya. Dan setiap satu kurma jantan cukup untuk proses pendebungaan sekitar 20 pohon kurma betina. Untuk tanaman komersial, benih biasanya ditumbuhkan di makmal kultur yang mampu menetapkan anak pokok yang terhasil jantan atau betina.

Dengan ratio jantina 1:20, kebun kurma boleh memiliki hasil tuaian yang tinggi. Namun kelebihan tersebut cuma perkiraan manusia seperti kita yang penuh kelemahan dan keterbatasan dalam ilmu. Allah juga menjadikan jumlah kurma jantan dan betina itu relatif berimbang 1:1. Jadi kalau kita menanam kurma dari biji kira-kira peluang jantan dan betina adalah 50 : 50.

Jawapannya antara lain ada di hadith dari Abdullah bin Umar berikut :

“Ketika kami sedang duduk di sisi Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam, lalu dihidangkan kurma yang sudah kering, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : “Sesungguhnya di antara pepohonan itu ada satu jenis pohon yang keberkahannya seperti seorang Muslim”. Lalu aku mempunyai perkiraan bahwa pohon itu adalah pohon kurma, aku berkeinginan menjawab : “wahai Rasulullah, itu adalah pohon kurma”, namun aku melihat bahwa di antara sepuluh orang yang ada aku adalah yang paling muda, maka akupun diam. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bemudian bersabda : “ Iaitu pohon kurma” (HR. Muslim)

Kelebihan Kurma Jantan

Banyaknya kurma jantan yang melebihi keperluan untuk membuahi kurma-kurma betina – pasti kejadian ini penuh hikmah dan keberkatan.

Suatu penemuan oleh manusia antara lain adalah benang sari yang tidak digunakan untuk membuahi kurma betina, dapat menjadi obat kesuburan yang luar biasa bagi manusia dan haiwan. Bila dimakan manusia, manusia yang memakannya akan perkasa dan anaknya banyak – ini yang antara lain disukai oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yaitu bila umatnya memiliki anak yang banyak.

Bila dimakan oleh binatang ternakan, binatang ternakan akan kembang biak, serta memiliki anak-anak yang kuat dan banyak.ternak menjadi obat kesuburan bagi ternak, ternak-ternak akan memiliki anak yang kuat dan banyak.

Walhasil setelah anda bergembira setiap hari melihat pohon kurma tumbuh, jangan kecewa bila sekian tahun yang akan datang ternyata pohon kurma yang anda tanam adalah jantan. Jantannya pohon kurma-pun insyaAllah penuh berkah – bagi manusia, bagi binatang ternakan dan bagi anak cucu kita kerana pohon kurma mampu hidup melebihi 100 tahun.

Mudah-mudahan kegembiraan kecil ini juga boleh membuatkan kita menikmati kegembiraan yang hakiki di akhirat Nanti. Amin.

Catatan:

  • Di Malaysia, antara syarikat yang membekalkan benih kurma serta pakej khidmat penanaman ialah SYFUL TAMAR, di Chemor Perak.

Sumber :

4 Comments

  1. POKOK KURMA says:

    Ingin petik dan makan buah kurma segar dari pokok…???
    Ingin mengamalkan sunnan Nabi…???
    JOM TANAM POKOK KURMA DI KEBUN ATAU DI LAMAN RUMAH ANDA…!!!
    80% POKOK YANG DITANAM DARIPADA BIJI KURMA TIDAK AKAN
    BERBUAH DAN JIKA BERBUAH ITU PUN SETELAH LEBIH 10 TAHUN DITANAM…!!!
    TETAPI DENGAN ANAK POKOK KURMA KLON YANG MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
    PERTANIAN DARI CHIANG MAI (THAILAND) INI 80% POKOK AKAN
    MENGHASILKAN BUAH PADA TAHUN KE 3 SEHINGGA KE 100 TAHUN…!!!
    TEL/WHATSAPP: 013 2071229 ATAU 012 7606921

    • salleh says:

      Berapa pokok saudara sudh tnm Dari pokok biji Dan klon utk buktikn dakwaan saudara ttg fakta diberi. Sila poskn PIC kebun kurma suadara

  2. nora says:

    di mana boleh beli benih pokok kurma ini

  3. Ayub says:

    Saya ada menanam beberapa batang pokok kurma jenis ajua yang di tanam dari biji dan sekarang telah berumor 3 tahun lebih. Pokok-pokok tersebut tumbuh dengan subur. Tetapi baru-baru ini 2 batang pokok didapati pucuk mula mati warna perang. Saya telah sembur ubat kulat dicampur ubat serangga tetapi nampak tidak berubah? Saya tidak berpengalaman dalam penanaman kurma jadi jika ada saudara-saudara berpengentahuan harap dapat beri nasihat untuk menyelamatkan pokok tersebut.

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih