Menanam Strawberi Daripada Biji Benih

Menanam Strawberi Daripada Biji Benih. Sejak kebelakangan ini penanaman tanaman buah-buahan hawa sederhana mendapat perhatian ramai sebagai tanaman penghias laman rumah. Selalunya strawberi dibiakkan melalui sulurnya, tetapi ia juga boleh ditanam melalui biji benihnya. Tentu anda juga ingin menyemai dan menanam strawberi dari biji dengan cara yang betul? Kali ini saya akan kongsikan cara Menanam Strawberi Daripada Biji Benih, moga bermanfaat untuk kita semua, hasil pencarian saya daripada berbagai sumber.

Antara jenis strawberi yang popular di Indonesia

Menarik, antara varieti yang ditawarkan di internet

 

Penyediaan Biji Benih

  1. Dapatkan biji benih strawberi yang anda suka, hasil daripada buah yang anda makan atau biji benih yang dibeli
  2. Rendam biji strawberi dalam air hangat selama 12-24 jam untuk merangsang pertumbuhan, atau boleh juga lakukan “cold stratifying” iaitu dengan meletakan biji di atas kapas atau tissue lalu dimasukkan plastik ziplock dan dimasukan ke dalam freezer selama 2-4 minggu. Kebanyakan orang hanya merendam untuk membolehkan biji benih segera disemai.
Cara keluarkan biji benih daripada strawberi pilihan anda

Menyemai Biji Benih

  1. Penyemaian sebaiknya menggunakan toples/tupperware/bekas plastik berwarna putih/hitam, jangan yang berwarna!! Cuci bersih jangan sampai tidak ada bekas minyak atau bekas makanan lain.
  2. Letakkan 2 lapis atau lebih tumpukan tisu di dalam bekas tersebut dan basahi dengan air mineral. Cukup basah saja, jangan sampai tergenang. Mengapa air mineral? Kerana air perigi/paip banyak mengandungi zat yang membantut pertumbuhan benih.
  3. Tabur benih di atas tisu, pastikan tidak ada benih yang melekat satu sama lain. Beri jarak untuk akar yang akan tumbuh.
  4. Tutup bekas tersebut dan simpan di tempat sejuk yang TIDAK terkena panas matahari.
  5. Kawal bekas 3-4 hari sekali dan pastikan tisu tetap basah dan lembab.
  6. Benih strawberry/blueberry/berry jenis lain biasanya memerlukan waktu 2 minggu untuk bercambah. Perlu diingat bahawa kecepatan percambahan setiap benih berbeza.
  7. Jika benih bercambah, tunggu hingga panjang akar mencapai 5mm-1cm sebelum dipindahkan ke media tanam.

Cara Penanaman

  1. Bekas tanaman sementara boleh terdiri daripada gelas plastik/potongan botol. Pastikan air tidak dapat menggenang di wadah tanam (tebuk lubang kecil di bawah bekas tersebut).
  2. Gunakan media tanah gembur berkompos dan sedikit berpasir. Dapat juga menggunakan cocopeat/sekam yang dicampur tanah, perbandingan 1:1
  3. Buat lubang kecil di media tanam, kedalaman 5mm-1cm dan pindahkan anak pokok dengan menggunakan bantuan alat seperti penyepit/lidi. JANGAN menggunakan jari secara langsung!!
  4. Anak pokok sebaiknya tertanam dengan lapisan tipis di atasnya. Jangan terlalu tebal.
  5. Siram bekas tanaman secukupnya, jangan terlalu banyak air kerana akan membuat anak pokok menjadi busuk.
  6. Tutup bekas tanaman dengan plastik jernih (transparent), diikat dengan gelang getah. 1 – 2 lubang kecil dibuat pada pastik penutut untuk peredaran udara. Langkah ini adalah untuk menjaga kelembaban media tanam sehingga tidak harus selalu disiram.
  7. Simpan bekas tanaman tadi di tempat berdekatan dengan jendela yang agak hangat, jangan ditempat yang panas. Sangat perlu untuk diletakkan di tempat yang hangat dulu sebelum boleh terkena sinar matahari, apa lagi jika anda yang tinggal di dataran rendah. Tips Menanam Strawberi Di Dataran Rendah di bawah bakal sangat membantu.
  8. Anak strawberry boleh dipindah ke luar ruangan/outdoor jika sudah memiliki 6 daun, tetapi sebaiknya jangan terkena cahaya matahari langsung dulu. Ini adalah supaya tanaman belajar beradaptasi untuk berada di tempat panas.
  9. Jika sudah cukup besar / memiliki 8 daun, pindahkan ke bekas tanaman tetap (dapat berupa polybag atau pasu).
  10. Jangan diberi sebarang baja sebelum tanaman berumur 2 bulan.
Anak pokok strawberi

 

Tips Menanam Strawberi Di Dataran Rendah

Strawberry adalah tanaman buah yang tumbuh dengan baikl di dataran tinggi yang sejuk. Namun, bagi anda yang tinggal di dataran rendah dan ingin menikmati manisnya buah strawberry yang ditanam sendiri di rumah, Anda tidak perlu risau, strawberi juga boleh tumbuh di dataran rendah.

Perkara-perkara yang perlu anda ketahui sebelum menanam strawberi di kawasan bersuhu panas:

Di dataran rendah, anak pokok strawberi perlu dilatih menyesuaikan diri dengan cuaca panas

Strawberry pada habitatnya merupakan tanaman yang tumbuh di tempat sejuk. Apabila anda berada di dataran rendah, sebaiknya jangan memulakan penyemaian strawberry tersebut ketika musim kemarau yang panas. Mulakan semasa suhu tidak ekstrim, kalau perlu ketika musim hujan dan letakkan di tempat yang tidak terkena hujan atau di bawah teduhan (indoor).

Setelah anak strawberi tumbuh, mulalah melatih pokok itu menyesuaikan dengan cuaca panas secara beransur-ansur.Bagaimana caranya? Secara bertahap letakkan pokok tersebut di kawasan yang panas, misalnya dekat jendela dan harus terang pada siang hari tetapi tidak terkena sinar matahari secara langsung.

Tanaman jangan dibiarkan terkena matahari langsung selama 1-2 bulan. Jika sudah tumbuh dengan baik di tempat yang panas, ia harus diajar lagi terkena sinar matahari secara bertahap. Misal pada minggu pertama berikan sinar matahari pagi 2-4 jam sehari, minggu kedua sinar mataharinya lebih lama dalam sehari, minggu berikutnya lebih banyak sehingga pokok mampu kena sinar matahari sepanjang hari.

Tanaman strawberry pada habitatnya menyukai sinar matahari yang banyak. Langkah penyesuaian di atas amat perlu dilakukan untuk kejayaan anda.

4 Comments

  1. rika says:

    Maaf ni kalo boleh setiap apa yang harus dilakukan di beri gambar ato vidio biar kami bisa lebih jelas trimakasi

  2. mohd says:

    salam..pokok stawberry saya batang dia mcm kering jd coklat,then hujung – hujung daun jd coklat dan jd buruk..nak buat camne ea? Apa penyebabnya.

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih