Orkid 1 – Info dan Panduan Menanam

Orkid - Info dan Panduan Menanam Orkid

PENGENALAN

Orkid 1 – Info dan Panduan Menanam.  Orkid atau anggerik merupakan salah satu tanaman hiasan yang amat popular di Malaysia, dengan iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, Malaysia merupakan tempat taburan hidup orkid liar yang mencapai ribuan jenis. Orkid amat popular di tanam di kalangan penggemar flora di Malaysia kerana saiz , struktur dan warna bunga yang pelbagai.

Orkid juga penyumbang kepada pendapatan negara kita melalui :

  • Pelancongan – pembinaan taman-taman orkid di seluruh Malaysia
  • Pendidikan – penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik luar yang datang ke Malaysia.
  • Industri bunga – jualan orkid pasuan dan keratan bunga kraftangan berasaskan orkid

 

JENIS-JENIS ORKID

Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya. Baca selanjutnya

A.      Spesis

Merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:

a. Huruf ‘italic’ digunakan
b. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecil
Contoh : Phalaenopsis bellina

B.     Hibrid

Merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;

a. Huruf tegak digunakan sepenuhnya
b. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.

Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher
Contoh orkid kacuk sesama genus :
Bulbophyllum Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.
Contoh orkid kacuk sesama famili:
Aranda Majul ‘Rimau’ – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.
(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)

Bahagian Bunga Orkid

Bahagian Bunga Orkid

Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan

a) Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem tersebut.
b) Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.

Sympodial vs Monopodial

Sympodial vs Monopodial

Stmpodial  VS  Monopodial

Sympodial vs Monopodial

 

 

ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA

Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.

1. Terrestrial (Tanah)
Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.

Phaius

Phaius

Spathoglottis

Spathoglottis

(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)

2. Epifit
Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak ’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid epifit adalah genus Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda.

Bulbophyllum skeatianum

Bulbophyllum skeatianum

Dendrobium 01

Dendrobium

Dendrobium

Dendrobium

Phalaenopsis

Phalaenopsis

Phalaenopsis Bellina

Phalaenopsis Bellina

Vanda

Vanda

(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)

3.  Memanjat
Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali dengan pangkalnya hidup di tanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.

Dipodium

Dipodium

Arachnis

Arachnis

4. Litofit
Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.

Paphiopedilum

Paphiopedilum

Eria

Eria

Jewel Orchid

Jewel Orchid

Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah disebutkan;

Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea – Spesis, Monopodial dan Epifit
Contoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia – Hibrid, Simpodial dan Epifit
Contoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea – Spesis, Simpodial dan Tanah

 

ORKID YANG POPULAR DITANAM DI MALAYSIA

Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;

  • Warna bunga yang lebih menarik
  • Bunga yang tahan lama
  • Pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
  • Harga yang murah berbanding orkid liar
  • Saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
  • Sesuai untuk jualan keratan bunga
Berbagai Varieti Orkid

Berbagai Varieti Orkid

Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;

Dendrobium

Phalaenopsis

Arachnis

Vanda

Cattleya

Oncidium

Rujukan dan kredit : Rencana ini disalin daripada blog  Wannura untuk tujuan pembelajaran. Sila klik untuk melihat rencana asal di blog penulis. Rencana ini cukup ilmiah dan bernilai, amat sesuai sebagai rujukan peringkat lanjutan. Saya pecahkan artikel asal kepada 5 bahagian ditambah dengan imej berkaitan bagi memudahkan pemahaman, dan ini adalah Bahagian Pertama,

 

 

 

Artikel Ini : Orkid 1 – Info dan Panduan Menanam OrkidOrkid-Info-dan-Panduan-Menanam-Orkid

Artikel Lain 

1 Comment

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih