Panduan Memilih Ikan Koi

Panduan Memilih Ikan Koi. Bagi mereka yang baru bercadang membina kolam koi, antara hal yang menjadi kemusykilan bagi anda ialah cara memilih koiyang berkualiti dan cantik. Berikut saya kongsikan tips asas yang sering diperkatakan oleh mereka yang pakar ahli tentang cara memilih ikan yang baik.
Panduan Memilih Ikan Koi

 

 

BENTUK TUBUH

  1. Pilih koi dengan bentuk tubuh ideal. Perhatikan perbandingan antara tinggi dan panjang tubuh. Idealnya, perbandingan tersebut adalah 1: 2, 3-3. Pilih juga yang bentuk tubuhnya bulat memanjang dan tidak terlampau gemuk. Jika dilihat dan atas, garis punggungnya tampak lurus alias tidak melengkung.
  2. Yang ideal adalah bentuk badan seimbang, kompak sekaligus terlihat anggun yang terlihat dari sedikit โ€œredneckโ€ di bahagian punggung yang tidak terlalu besar, lembut dan melengkung indah seperti rusuk, yang mengekspresikan keindahan dan keanggunan.
  3. Pilih koi dengan gaya berenang yang tenang dan seimbang. Gerakan yang seimbang dipengaruhi oleh posisi sirip, yang simetris berpasangan.
  4. Koi yang bergaris tubuh seimbang, di kalangan peminat koi dikatakan memiliki nilai yang baik.
  5. Sirip dada dan sirip perut harus sama besar. Sementara itu, ukuran sirip punggung dan sirip ekor harus bersesuaian dengan tinggi dan panjang tubuh.
  6. Bentuk kepala, mata, mulut, dan insang harus seimbang atau serasi. Perhatikan juga bentuk hidungnya. Jangan pilih yang terlampau mancung atau terlampau masuk hingga tenggelam di dalam timbunan daging. jika hidung kelihatan terbuka, kemungkinan besar koi tersebut pernah mengalami sakit pada insang.

 

WARNA DAN POLA (CORAK)

  1. Pilih warna yang terang. Demikian juga pola warnanya, harus memiliki sempadan yang jelas. Contohnya, warna merah pada kohaku harus benar-benar terang dan nampak cerah, Sementara itu warna putihnya hendaklah seputih salju, tidak kekuningan atau tidak memiliki tompok warna lain.
  2. Pertemuan antara warna merah dan putih harus berbatas tajam, tidak ada pertindihan atau bayangan warna merah. Pertindihan warna sering dijumpai pada koi tempatan. Contohnya, seekor koi tidak layak disebut sebagai tancho kohaku jika hiasan berupa bulatan merah di kepalanya melebar ke mata, hidung, atau ke punggung. Koi semacam itu hanya disebut kohaku. Sementara itu, seekor koi baru diakui sebagai jenis ogon jika tidak ada warna lain setitik pun pada warna platinum metaliknya.

KESIHATAN
  1. Hindari memilih koi yang tampak lesu, gerakan renangnya lembab dan tidak seimbang, atau banyak berdiam di dasar kolam.
  2. Insang yang bergerak cepat menandakan ikan sedang mengalami kesulitan bernapas. Sebaiknya koi tersebut tidak dipilih kerana keadaannya tidak sihat.
  3. Pilih koi yang bersirip tegak. Artinya, sirip tersebut tidak jatuh terkulai.
  4. Hindari koi yang selalu menyendiri atau menjauhi kumpulannya. Perilaku tersebut bisa dianggap sebagai naluri koi agar tidak menularkan penyakit kepada teman-temannya.
  5. Walaupun warnanya cerah dan memenuhi persyaratan sebagai koi yang berkualiti, sebaiknya tidak mengambil risiko dengan membeli koi yang mengalami berbagai gejala seperti di atas. Ini kerana walaupun boleh disembuhkan, ada kemungkinan koi akan mengalami cacat fizikal atau pertumbuhannya tidak sempurna.

 

JENIS-JENIS IKAN KOI

  1. Jenis-jenis utama koi adalah seperti di bawah dan jenis ini dibezakan berdasarkan warna, pola, dan komposisi warnanya.
  2. Masih banyak lagi jenis dan warna dengan corak yang baru akan selalu bertambah menjadikan kita tidak mudah bosan dengan ikan ini.
Lihat Ikan Koi Giant ๐Ÿ™‚ SUMBER

2 Comments

  1. ain says:

    salam..saya singgah blogwalking…jemput singgah dan follow blog saya ye..salam kenalan blog..

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih