Pemeliharaan Ikan Louhan atau Flowerhorn

Pemeliharaan Ikan Louhan atau Flowerhorn. Ikan Lou Han atau lebih dikenali sebagai Flowerhorn merupakan salah satu ikan hias terkenal yang dipelihara di dalam akuarium kerana warna sisiknya yang cantik serta bonjolan kepala mereka. Lou Han berasal dari Malaysia dan Taiwan. Ikan ini menjadi kegilaan seluruh dunia pada awal tahun 2000. Apapun pada masa ini masih ramai yang meminati dan memelihara ikan ini.

Flowerhorn_Kamfa_Red_texus_and_Malua

25

flowerhorn

SEJARAH RINGKAS

sejarah luohan

Luo han pertama kali muncul di Malaysia sekitar tahun 1996-1997. Ikan ini adalah keturunan dari Amphilophus trimaculatus. Setelah beberapa generasi, bentuk ikan ini berubah daripada induk asalnya. Setelah itu penternak ikan mula-mula mengabungkan ikan tersebut dengan Blood Parrot (Parrot cichlid) yang merupakan hibrid dari C. citrinellum X C. synspilum.Dari hasil kawin silang inilah lahirlah Luo han yang dikenali masa kini.

Pada awalnya, hasil kawin silang tersebut tidak diterima secara luas, tapi setelah dilakukan “penyempurnaan” maka terhasilah bentuk dan corak warna yang disukai. Kemudian ikan tersebut diberi nama “Flowerhorn” atau “Luohan”. Proses pemilihan dan kawin silang terus berlangsung sehingga dihasilkan berbagai jenis Luo Han dengan beraneka warna dan corak.

 

PANDUAN MEMILIH IKAN LOUHAN

  1. Pilihlah Ikan Louhan yang sihat, jangan membeli Ikan Louhan yang yang sakit, biasanya Ikan Louhan yang sakit dapat dikenali melalui tompok-tompok putih atau fungus pada tubuhnya.
  2. Jika membeli anak Ikan Louhan maka yang perlu kita pastikan baka induk louhan tersebut, kerana warna, mutiara, bentuk tubuh dan bonjolan kepala (jenong) akan mengikut baka induknya.
  3. Pilihlah Ikan Louhan yang mempunyai badan pendek dan kekar, kerana Ikan Louhan yang seperti ini cenderung agresif dan mempunyai daya tarik tersendiri.
  4. Pilihlah Ikan Louhan dengan warna sisik yang kontras, agresif serta sudah terbiasa dengan manusia, ini dilakukan untuk menghindari dari Ikan Louhan yang stress.

JENIS IKAN LOUHAN

head

  1. WATER-HEAD : Jenis WATER-HEAD ini biasa disebut dengan Ikan Louhan Jenong Air biasanya mempunyai Jenong yang cukup besar.
  2. BONO-HEAD atau BONE-HEAD : Jenis BONO-HEAD ini pada umumya mempunyai kepala yang tidak terlalu jenong atau biasa disebut dengan jenong batu, dan Ikan Louhan jenis ini biasanya tidak akan memiliki jenong yang signifikan.

PANDUAN AWAL MEMLIHARA IKAN LOUHAN

  1. Sesuaikan saiz aquarium dengan besar tubuh ikan Louhan agar pembesarannya ideal. Sebaiknya ukuran aquarium lebih besar ¾ ukuran tubuh louhan.
  2. Peredaran air harus baik dengan sistem penapisan air yang berfungsi dengan baik..Seeloknya air dibiarkan 24 jam (1 hari) baru dimasukkan ikan louhan yang ingin dipelihara. Kualiti air yang digunakan harus pada tahap pH neutral, iaitu antara 6,5-7,5. Jika pH air terlalu tinggi air perlu ditukarr.
  3. Jika pada cuaca yang sejuk. gunakan heater agar suhu stabil dan tidak memberi kesan buruk pada luohan.
  4. Agar Louhan berwarna cerah beri makanan hidup (contoh : cacing beku,cacing sutera,cacing tanah,udang hantu,dll) secara selang-seli dengan pellet .
  5. Akuarium tempat pemeliharaan louhan harus diberi lampu UV. Sinar lampu UV akan memicu pertumbuhan warna louhan sehingga menjadi lebih cantik . Lampu UV sebaiknya tidak dinyalakan sepanjang hari, kerana sinar lampu merangsang louhan untuk terus bergerak sehingga louhan tidak dapat berehat.
  6. Berilah garam ikan agar air bebas penyakit dan louhan sihat.

bahagian tubuh ikan luohan

 Anatomi Ikan Luohan

PANDUAN MEMBERI MAKANAN PADA IKAN LOUHAN

Makanan dan ubatan ikan akuarium

  1. Gilirkan memberi makanan hidup dan pellet secara berselang-seli.
  2. Jangan biasakan meninggalakan makanan yang tidak termakan di aquarium pada waktu yang lama kerana akan pengaruh kualiti air.
  3. Louhan perlu diberi protein yang lebih untuk pertumbuhan (khusunya untuk anak luohan yang baru menetas).
  4. Pemberian makanan 2-3 x sehari dengan sele masa 4-6 jam.

TIPS MEMBEZAKAN KELAMIN LUOHAN JANTAN-BETINA

kelamin luohan

  1. Dengan cara viewing (melihat) biasanya louhan betina ada spot hitam pada siripnya seperti nenek moyangnya : ( amp. Trimaculatus).Tapi cara viewing ini tidak berlaku untuk jenis louhan Cencu(zhenzu) double-marking dan Chingwa.
  2. Dengan cara venting/melihat lubang kelamin pada louhan.Pada betina kelaminnya agak lebar dan tonjolan tidak terlalu kelihatan (kecuali jika ingin bertelur baru kelihatan duburnya memanjang beberapa milimeter keluar). Pada jantan kelaminnya menonjol tirus dan pangkal kelaminnya menyempit.

TEKNIK MEMELIHARA IKAN LOUHAN

Bertelur

  1. Pilihlah calon induk yang siap dibiakkan (jantan harus berukuran lebih besar dari betina agar tidak berkelahi jika ukurannya sama besar).
  2. Letakkan kedua induk tersebut dalam satu akuarium yang telah disekat pemisah dari kaca. Tujuannya agar mereka terbiasa melihat satu sama lain/kenalan.
  3. Ketika louhan betina telah menunjukkan tanda-tanda akan bertelur, lepaskan sekat pemisah. Setelah sekat pemisah dilepas, amati perilaku kedua louhan. Jika keduanya terus berkelahi, segera pisahkan kedua louhan. Kadar penyatuan kedua louhan dapat dilakukan beberapa minggu kemudian atau dapat juga mengganti pasangannya.
  4. Jika pembiakan berhasil, amatilah tingkah laku kedua louhan. Jika kedua induk akur dan menjaga telurnya, biarkan mereka tetap bersatu. Jika kedua induk cenderung untuk berkelahi, pisahkan induk jantan dari induk betina agar induk betina menjaga telur tersebut. Jika induk betina memakan telurnya, pisahkan insuk tersebut dari telurnya.

PROSES TELUR MENJADI ANAK IKAN

  • Hari 1  : Induk bertelur dan proses persenyawaan oleh jantan.
  • Hari 2-3  : Telur mulai kelihatan ada titik hitam, tandanya embrio telah terbentuk, bila telur berwarna putih susu berarti telur gagal disenyawa/rosak.
  • Hari 4  : Telur menetas, bentuk anak ikan masih belum sempurna. Tidak perlu diberi makanan.
  • Hari 7   : Anak ikan mulai berenang bebas, berikan artemia yang telah dikulturkan, alternatif lain adalah mengunakan kuning telur yang telah direbus atau susu tepung – risikonya air cepat kotor.
  • Hari 15-24 : Anak ikan membesar, untuk makanannya dapat diberikan kutu air (daphnia), penggantian air dilakukan apabila perlu. Anda dapat menggunakan breeding sponge, atau ganti air sekitar 5-10%. Penggantian air harus dilakukan secara hati-hati dan perlahan.
  • Hari 25 – 60 : Anak ikan dapat diberi cacing sutera (bloodworm) untuk mempercepat pertumbuhan.

Telur pada prinsipnya

  1. Telur harus berwarna jernih pada ketika pembiakan awal sampai selesai dan melekat erat pada medianya : lantai akauarium, seramik, piring atau mangkuk dll
  2. Kalau telurnya memutih bererti telah rosak.
  3. Apabila memutih dan diselimuti kapas biasanya terkena fungus
  4. Apabila telur memang disenyawakan biasanya dalam 1 hari sudah kelihatan ada titik hitam ditengahnya.

 

PENYAKIT UMUM IKAN LOUHAN DAN CARA MENGATASINYA

1. Penyakit White Spot 

White spot adalah timbulnya bintik putih pada sisik louhan. White spot disebabkan oleh adanya fungus (kulat). Fungus ini muncul disebabkan kualiti air yang tidak baik. White spot merupakan penyakit yang sukar disembuhkan. Oleh itu, sebelum louhan terkena white spot, sebaiknya kualiti air yang digunakan selalu dijaga. Pemberian garam ikan ke dalam akuarium juga membantu mencagah munculnya white spot.

2. Penyakit Mulut Bengkak 

Louhan yang terkena mulut bengkal dapat dilihat pada tanda bengkak merah pada mulutnya. Mulut bengkak terjadi kerana serangan Crustaceae (sejenis udang), luka infeksi akibat perkelahian, bakteria atau fungus, dan makanan yang tidak sesuai. Penyakit ini dapat disembuhkan dengan cara mengasingkan louhan dalam akuarium khusus. Mulut louhan yang bengkaik diberi antibiotik. Selama proses rawatan, puasakan louhan selama 2-3 hari. Setelah itu berikan makanan yang berkhasiat.

3. Cacat atau Luka

Cacat atau luka pada louhan dapat terjadi kerana perkelahian dengan ikan lain atau kerana kualitas air yang buruk. Penyakit ini dapat disembukan dengan mengasingkan louhan dalam akuarium khusus dan mengubati luka dengan menggunakan antibiotik. Selama dalam rawatan, louhan diberi makanan yang berkhasiat agar cepat sembuh.

4. Stress

Jika warna tubuh louhan tiba-tiba memudar, timbul belang hitam, jenong kempes, dan tingkah lakunya pasif, berkemungkinan besar louhan tersebut mengalami stress. Louhan dapat mengalami stress kerana berbagai faktor. Misalnya penempatan akuarium yang salah, makanan yang tidak sesuai, takut terhadap musuh, atau cahaya lampu dan warna baju orang yang menghampirinya.

Terdapat beberapa cara untuk mengatasi stress pada louhan.. Agar louhan tidak stress, akuarium diletkakan sekurang-kurangnya 80 cm di atas lantai, louhan diberi makanan yang sesuai, dipisahkan dari ikan lain, dan dibiasakan menghadapi berbagai macam keadaan agar tidak mudah terkejut.

5. Kembung dan busuk Mulut

Jika perut louhan membengkak dan berwarna merah, kemungkinan louhan terkena penyakit busuk mulut. Penyakit ini terjadi kerana makanan yang tidak higenik (ter.cemar) Selain menyebabkan kembung merah, makanan yang tidak higenik dapat menyebabkan busuk mulut. Penyakit busuk mulut dapat dilihat pada bentuk bibir yang membengkak dan lebam.

Kedua penyakit tersebut dapat disembuhkan dengan cara pemberian ubat. Caranya louhan diterapi selama 7 hari dalam air larutan ubat antibiotik, antiparasit, dan antifungus. Dalam masa terapi louhan tidak diberi makan (dipuasakan). Selain cara tersebut, louhan juga dapt diterapi dengan menggunakan air suam dan garam ikan. Selama menjalani terapi ini louhan dipuasakan selama 3 hari.

KAEDAH PENILAIAN SEMASA PERTANDINGAN LOUHAN/FLOWERHORN

  1. First Impresion/pandangan pertama : Tubuh yang proposional disertai susunan morfologis yang normal,tidak ada cacat pada louhan.Kerana jika ada kelainan pada tubuh louhan ini berpengaruh pada markah penilaian nantinya.
  2. Mental ikan louhan : Ikan harus dalam keadaan yang tenang (cool), tidak over agresif dan gaya renang yang baik,sehingga keindahan louhan dapat di nilai.
  3. Kesihatan ikan louhan : velvet, white spot dll dapat mengurangkan markah ketika penilaian,jadi pastikan ikan sehat sebelum ikut kontes.
  4. Pada bahagian head/kepala, bentuk jenong haruslah simetris bentuk terbaik berupa bulatan bola bila dilihat dari bahagian depan. Proposional jenong yang sama rata dengan mulut ikan dan seimbang dengan ukuran badan.
  5. Pada baha gian muka/face ikan louhan yang baik adalah face tidak berkerut dan tidak banyak lipatan.face juga tidak terlalu gemuk/tembam (kecuali louhan jenis kamalau).
  6. Mata juga bersih tidak ada flek dan bulat kiri kanan yang seimbang. Mata sejajar dengan permukaan muka.
  7. Pada bibir yang baik adalah tipis dan rata atas bawah.
  8. Marking pada tubuh yang penuh/fullness (ujung kepala hingga ekor) serta warna kontras pada marking akan menaikan markah ketika penilaian.
  9. Pearl/permata yang baik adalah bewarna emas/perak/biru/hijau/putih.
  10. Kecerahan tubuh louhan dengan warna Warna Merah, Orange, Kuning, Memiliki Nilai Yang Sama Apabila Mempunyai Kecerahan Yang Sama

JENIS-JENIS IKAN LOUHAN(UMUM)

  1. Zhen Zhu /Cencu/Mutiara/Pearl Louhan : terbahagi kepada 2 jenis iaitu klasik dan modern
    • Zhen Zhu Klasik : cirinya mutiara tidak ketara, hanya kelebihannya  pada warna merah cerah pada tubuh. Tubuh agak membulat dan umumnya jenong kepala dari jenis bonohead.800px-Cichlidae_fish_2008_G1
    • Zhen Zhu Modern : Cirinya mutiara sangat ketara  di seluruh tubuhnya. Tubuh bentuknya persegi dan jenong umumnya dari jenis waterhead.zhen zhu Modern
  2. Kim Hwa/Kamfa :Kim Hwa
    • Jenis ikan louhan ini merupakan pengembangan dari louhan pertama kali iaitu Hua Lou han,yang ertinya Kim : emas dan Hwa : bunga. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai ‘louhan bunga emas’.
  3. Golden Red/Cing kang :golden red
    • Ciri khas golen red ini adalah warna kombinasi antara kuning dan merah dengan cara mutasi transformasi sisik dari warna biasa ke warna hitam kemudian jadi warna kuning-merah.Ciri fizik pada golden red sama seperti Zhen Zhu.
  4. Red Texas :bone head
    • Jenis red texas ini merupakan baka pembiakan silang antara citrinelum – Golden red. Dikenali juga sebagai Luohan Blue atau Luohan Green. Ikan louhan jenis ini asli dari negara gajah putih/Thailand. Dari segi penampilan dapat dilihat moyangnya mungkin SRT.
  5. Rainbow King :rainbow king
    • Jenis ini memiliki tubuh yang indah dan menarik. Tubuh yang berbentuk kotak dan marking horizontal serta warna kunig-merah dan agak jarang terdapat di pasaran sekarang ini.
  6. Super Red Synspilum (SRS)srs
    • Berasal dari Thailand. SRS ini mempunyai bentuk tubuh yang cenderung merah bata – orange di sekujur tubuhnya. Body markingnya kurang jelas (tipis) bahkan mungkin tidak ada.
  7. Strom :storm
    • Datangnya dari Thailand dan belum begitu banyak info yang diperolehi.

 GALERI

 

Adaptasi daripada

6 Comments

  1. Rasa says:

    Artikelnya sungguh menarik. Terima kasih 🙂

  2. danish says:

    Saya baru beli anak ikan lohan..keesokan hari bru saya berikann makanan..tapi dia xmakan..rupanya dia makan sedikit2 sahaja. Kenapa jadi mcmtu? Ikan nii mcm penakut..bila saya letak jari dkat aqua..ikan tu pun berenanng ke tempat lain..lagi satu cara pertukaran air yg baharu bgaimana pula saya nk buat? Tq.

  3. muhd afif says:

    Mcm mane nk tau ikan tu stress?

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih