Pemeliharaan Ikan Red Parrot

Blood Parrot 03

Pemeliharaan Ikan Red Parrot. Ikan parrot atau dipanggil juga blood parrot atau red parrot tergolong dalam keluarga chiclid. Mungkin kerana mulut ikan ini seakan paruh burung kakak tua ia dinamakan  ikan parrot. Ikan ini umumnya berwarna merah, tetapi beberapa jenis baru (hibrid) ada yang warnanya kuning dan warna-warna lain. Tubuh ikan ini berbentuk bulat dengan hidung berbentuk paruh. Warna ikan ini berkisar dari oren bercampur kehitaman semasa kecil dan bertukar  menjadi merah ketika dewasa.

Ikan parrot ini tergolong ikan ramah. Berbeza dengan saudaranya yang cukup garang iaitu louhan atau flowerhorn, yang cenderung untuk bersendirian, berusaha mempertahankan teritorial dengan menyerang ikan lain. Parrot akan lebih cantik apabila dipelihara secara beramai-ramai dalam aquarium.

Red Parrot Anatomy

Red Parrot Anatomy

Lihat kepelbagaian warna dan bentuk ikan parrot di bawah. Klik untuk perbesarkan gambar. 

Makanan

Pemeliharaan parrot ini cukup mudah. Ikan ini gemar makan makanan semulajadi mahupun makanan buatan.

  1. Makanan semulajadinya ialah cacing sutra (blood worm) basah atau kering dan cacing darah. Di pasaran, makanansemulajadi parrot ini tersedia dalam bentuk segar, kering maupun beku.
  2. Makanan buatan pula banyak digemari oleh para peminat parrot. Ianya dibuat dengan nutrition yang lengkap dan seimbang menjadi pertimbangan utama, disamping mudah dari segi penyimpanan, lebih murah dan lebih mudah dicari di kedai-kedai. Terdapat pelbagai jenama, mutu dan harga untuk dipilih. Makanan buatan ini juga lebih hiegenik kerana tidak membawa bibit penyakit. Terdapat pelbagai kelebihan makanan buatan seperti untuk  menjamin warna parrot akan lebih cemerlang dalam 1 minggu. Ini kerana Spirulina yang terkandung dalam makanan ini. Berbagai vitamin yang terkandung di dalam pelet makanan buatan juga membantu meningkatkan kekebalan tubuh parrot terhadap penyakit.
    Makanan Red Parrot Semulajadi

    Makanan Red Parrot Semulajadi

    Makanan Red Parrot Buatan

    Makanan Red Parrot Buatan

Pemeliharaan

Berikan pelet seperti yang mempunyai fungsi Color Enhancher atau lain-lain sebanyak yang boleh dihabiskan oleh red parrot dalam 15 minit, sehari dua kali. Keluarkan makanan yang tidakhabis dimakan agar tidak mengotori air. Seperti umumnya keluarga ciclid lainnya, suhu air yang yang ideal untuk parrot berkisar antara 25-30°C. Untuk tujuan ini anda boleh menggunakan akuarium heater.

 

Akuarium

Akuarium merupakan tempat yang paling ideal untuk memelihara parrot. Ikan Red Parrot memerlukan akuarium bersaiz minima 50 galen (190 liter), dengan dasar berpasir, batu dan banyak tempat persembunyian di antara bebatuan. Tanaman hidup harus di tanam dalam pasu untuk melindungi akar dari ikan ini. Ikan Red Parrot umumnya dapat dicampur dengan ikan lain dengan ukuran yang sama.

Ikan ini mudah untuk dipelihara dan tidak memerlukan sistem filter yang rumit. Meski begitu parrot tetap memerlukan sistem filter yang tepat. Setidaknya ada tiga sistem filter yang dapat digunakan dalam aquarium, iaitu sistem Hanging, Internal dan External. Media filter yang umum digunakan untuk parrot seperti kapas sintetik, filter mat, dan karbon aktif.

Hanging Filter

Filter yang diletakkan di atas akuarium. Prinsip kerja sistem ini ialah pam submersible menyedut air kotor lalu dialirkan ke dalam kotak yang berisi media filter. Air yang sudah tersaring akan turun secara graviti kembali ke akuarium. Di pasaran juga terdapat filter hanging yang pam dan media filternya sudah terpadu atau Built in. Kita cuma perlu memasang hanging filter tersebut ke tepi kaca di bahagian atas akuarium. Namun mesti diingat, Hanging filter terpadu umumnya hanya menampung sedikit media filter sehingga hanya dapat digunakan untuk akuarium berukuran kecil.

Hanging Filter

Hanging Filter

 

Internal Filter

Internal Filter merujuk kepada filter yang ruangan filter  disekat dari akuarium utamanya. Bahagian yang disekat ini umumnya berukuran seperlima ukuran akuarium utama. Bahagian yang disekat ini dibina di sisi atau di belakang akuarium utama. Dalam sekatan ini kita tempatkan media filter dan pam. Bagaimanapun ramai pengguna pemula menggunakan sistem filter internal yang mudah seperti di bawah.

internal filter 04

Dua contoh Internal filter mudah. Senang didapati di kedai-kedai ikan hiasan

internal

Internal filter dengan sekatan

 

External Filter

Dengan sistem ini media dan pam diletakkan di luar akuarium. Air kotor secara graviti akan turun ke tabung media filter manakala air yang sudah bersih akan dikembalikan ke dalam akuarium menggunakan pam.

External Filter

External Filter

 

Mana yang paling baik di antara ketiga sistem ini? Masing-masing memiliki keunggulan dan kelemahan.

  • Hanging filter yang menggunakan kotak media (tersedia di pasaran umumnya berukuran kecil) yang digantung atau diletakkan di atas aquarium hanya dapat menampung sedikit media filter, sehingga kurang dapat menyaring kotoran ikan dengan baik.
  • Jika kita memilih internal filter, kita harus pandai-pandai “mengelabuhi” mata kita. Ini disebabkan ruang filter ini mengambil tempat yang agak besar dari akuarium utama. Selagi kita secara rutin membersihkan celah sekat antara aquarium utama dengan ruang filter sistem filter internal lebih baik dalam hal menjaga kualiti air. Ini kerana pusat hisap yang lebih merata baik untuk kotoran dasar mahupun kotoran permukaan. Penggantian air cukup dilakukan sepertiga jumlah air sebulan sekali.
  • External filter cukup baik dalam hal keindahan kerana “benda asing” seperti selang, paip dan pam serta medianya tersebunyi. Kelemahan sistem filter external adalah kurang dapat menarik kotoran secara maksimum kerana pusat sedutan  hanya pada satu titik menyebabkan terkadang kita harus menarik kotoran yang berukuran besar secara manual (Penyifonan). Bagaimanapun dengan rekabentuk yang baik hal ini dapat di atasi malah sistem ini menjadi kegemaran ramai penghobi ikan hias.
filteration

Salah satu sistem external filter akuarium yang baik

.
Dekorasi

Dekorasi atau hiasan dalam akuarium red parrot seharusnya mudah dan sederhana. Ikan ini suka berkejar-kejaran dan bersembunyi.Jadi bila kita meletakkan ornamen kayu-kayuan atau batu yang besar, mungkin red parrot hanya akan bersembunyi di balik kayu atau batu tersebut

 

Penyakit

Parrot merupakan ikan yang cukup tahan terhadap serangan penyakit. Masalah kesihatan yang umum pada parrot adalah infeksi yang disebabkan oleh fungus, bakteria dan agen patogen lainnya. White spot sering terjadi apabila suhu air terlalu rendah, dan kepadatan populasi ikan yang terlalu tinggi. Tanda serangan white spot adalah adanya bulatan atau spot berwarna putih. Perawatannya cukup dengan menaikkan suhu seminima 28°C dan pemberian methylene blue.

Luka luar dapat menyebabkan infeksi oleh fungus seperti tail rot, dan fin rot. Sirip dan ekor yang membusuk dapat diubati dengan methylene blue, malachite green, phenoxyethyl alcohol.

Ikan ini memerlukan air tawar setiap minggu. Kegagalan untuk menyediakan air bersih dapat mengakibatkan penyakit  yang mengganggu pertumbuhan kesihatan ikan, bahkan kematian. Penyakit Hole-in-the-head juga sering terjadi Cichlids. Hal ini terutama disebabkan oleh pola penggantian air yang tidak teratur. Anda seharusnya menukar 10 – 20 % air baru ke akuarium untuk menjamin kesihatan red parrot anda.

Lihat video kecantikan blood red parrot berikut 🙂

 

Blood_parrot

 

Ikuti artikel yang berikutnya : Kisah Pembiakan Ikan Red Parrot

 

1 Comment

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih