Penanaman Durian Belanda

Cara Penanaman Durian Belanda

Penanaman Durian Belanda. Durian Belanda juga dikenali sebagai Soursop. Ia kaya dengan pelbagai khasiat, malah kajian menunjukkan ia menjadi pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Fakta ini pernah ditutup oleh pihak tertentu suatu sejak sekian lama, tetapi menjadi fenomena hangat ketika ini. Di pasaran buah durian belanda juga meningkat mendadak harganya dari sekitar RM2 – RM3/kg menjadi sekitar RM12 – RM25/kg. Kali ini saya akan kongsikan Cara Penanaman Durian Belanda. Jom kita lihat.

Pengenalan

Nama biasa : Durian Belanda
Nama saintifik : Annona muricata L.
Keluarga : Annonaceae

Nama botani bagi Durian Belanda ialah Annona muricata L. dan ia tergolong dalam keluarga Annonaceae. Ia mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan tradisional dan moden.

  • Bahagian akar, kulit dan daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis.
  • Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan anak.

Tanaman Durian Belanda berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia di mana ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Ia biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah.

Buahnya boleh dimakan dan mempunyai duri yang lembut, tidak berbau. Dagingnya terdapat banyak biji, dan sering juga dibuat jus, sorbet dan sebagainya. Dengan pengurusan tanaman yang baik, pokok durian belanda boleh tumbuh dan membesar dengan cepat serta dapat mengeluarkan buah secara optimum.

 

Morfologi

Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih dan mempunyai rasa masam-masam manis.
Kegunaan

Buah durian belanda biasanya dimakan segar dan boleh diproses untuk dijadikan jus. Buah boleh dijadikan dodol atau puri yang tahan lama untuk disimpan. Ia juga sesuai dijadikan jus, manisan buah-buahan, jeli, kandi dicampur dengan aiskrim, yogurt dan susu untuk penyediaan minuman. Selain itu, durian belanda dapat dibuat sirap dan batangnya berguna untuk dibuat kayu bakar.

Kegunaan Durian Belanda

Antara Produk : Jus, Teh dan Kapsul

 

Cara Penanaman Durian Belanda

Keperluan asas tanaman

Tanaman durian belanda tumbuh baik di dataran rendah yang beriklim lembap dan panas sepanjang tahun dengan taburan hujan diantara 1,500 – 2,000 mm setahun. Jenis tanah yang sesuai untuk penanaman pokok durian belanda ialah tanah jenis lom liat berpasir. Selain itu, mempunyai saliran yang baik, keasidan tanah dengan pH di antara 5-7 dan mampu hidup di tanah yang agak kurang subur.

 

Pembiakan dan penanaman

Pokok durian belanda boleh dibiak dengan menggunakan biji benih atau pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. Ia juga boleh dibiakkan menggunakan cantuman tunas. Bagi penanaman di ladang, jarak tanamanyang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sama. Keluasan lubang berukuran diantara 40cm X 40cm X 40cm adalah disyorkan.

anak dlm polybag

Baja asas seperti sisa haiwan atau organic dicampurkan kedalam lubang dengan kadar yang sesuai. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok.

Kadar Pembajaan Pokok Durian Belanda

kadar pembajaan

Penuaian hasil

Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna. Buah dituai dengan memotong tangkainya. Hasil buah durian belanda rata-ratanya 20 buah/pkok/tahun dengan anggaran berat 10-60 kg.

buah masak

Peringkat Kematangan Buah Durian Belanda

Buah durian belanda mencapai peringkat kematangan dalam masa 12-13 minggu selepas berputik dalam keadaan biasa.  Kadangkala, semasa keadaan cuaca tidak menentu, putik durian belanda menjadi dorman selama beberapa minggu dan menyambung semula tumbesarannya apabila keadaan cuaca kembali normal.  Ini menyebabkan buah mengambil masa sehingga 5 bulan untuk matang.  Oleh itu pengiraan hari mengikut kalender sebagai indeks kematangan buah durian belanda tidak begitu sesuai.

Sifat luaran buah boleh digunakan sebagai indeks kematangan bagi durian belanda.  Buah yang belum matang biasanya berwarna hijau gelap dan pudar.  Kedudukan durinya adalah rapat antara satu sama lain dan permukaan buah berbonjol.  Duri juga agak keras dan rapuh.  Sementara buah yang telah matang dan sedia untuk dituai berwarna hijau cerah dan berkilat.  Kedudukan duri adalah jauh antara satu sama lain dan permukaan buah antara duri kelihatan rata.  Duri kelihatan pendek dan lembut

 

Pemasaran

Buah boleh dipasarkan atau diproses untuk dijual dalam bentuk puri, jus, manisan buah-buahan, jeli, kandi dicampur dengan aiskrim, yogurt dan susu untuk penyediaan minuman. Pengeluarannya belum dapat memenuhi permintaan pasaran dalam negeri atau luar negeri.


Rujukan

8 Comments

  1. Yahya bin Zainal Abidin says:

    Terima kasih
    Banyak panduan yang saya dapat.
    Saya ada tanam pokok durian belanda. Sejak enam bulan yang lalu ada lima pokok telah berputik. Namun begitu semuanya luruh. Boleh beri panduan bagaimana mahu putiknya terus lekat hingga jadi buah.
    Keduanya…. saya nampak beberapa batang pokok ada terdapat kecederaan yang memanjang..kulitnya pecah dan berwarna hitam. Apa sebabnya? Ada kaedah untuk memulihnya?
    Terima kasih.
    Saya menunggu jawapan tuan.

    • Zainuddin bin lbrahim. says:

      Saya Zainuddin dari kb. Saya ada 200 pokok durian belanda yg berumur 3 thn. Pokok saya mulai mengeluarkan buah bila berumur 2 thn. Tampa pengalaman semuanya rosak oleh lalat buah. Sekarang saya menggunakan perangkap lalat buah sepanjang masa dan masalah buah rosak sudah selesai. Musuh utama durian belanda ialah kulat pada akar dan meks ( serangga putih berbulu ). Kedua2 musuh ini boleh membunuh pokok bila2 masa dan tak kira usia. Durian belanda memerlukan air yg banyak utk buah membesar.
      Masalah En Yahya…bunga gugur. Itu disebabkan bunga yg tidak disenyawakan. Bunga akan membentuk buah apabila bunga disenyawakan. Ia bersifat sementara.

    • ghaz says:

      Pokok yg xsubur mungkin kerana baja atau kerana tanah. Kebiasaannya durian belanda akan lekat bunga/putiknya apa bila ppkok berumur 3 tahun

  2. joll abdul wahab says:

    assalamualaikum…saya joll abdul wahab berumur 43 tahun berasal dari kuching sarawak.

    saya tertarik dengan pertanian atau lebih tepat sekali dengan penanaman durian belanda dan saya bercadang untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman durian belanda ini.

    saya tiada pengalaman dalam bidang ini maka saya memohon jasa baik pihak berkenaan untuk memberi panduan serta tunjuk ajar kepada saya untuk memulakan penanaman serta memberi panduan tentang pemasaran serta penghasilan produk berasaskan durian belanda ini.

    saya harap mendapat maklumbalas dari pihak tuan untuk memberikan khidmat seperti yang saya harapkan.

    no tel saya untuk dihubungi: 0138121218 . email. joll.gnpswk@gmail.com / jollabdulwahab72@yahoo.com

    terimakasih

  3. yusmaimi says:

    Boleh x tunjukkan saya dimana
    supplier buah durian belanda

    • ghazali says:

      Tuan/Puan,
      Saya ghazali dari bt caves selangor ada membekalkan buah dan daun durian belanda secara kecil2an. No tel saya 019 6411517. Tkasih.

  4. joll abdul wahab says:

    assalamualaikum…saya masih belum mendapat maklum balas dari pihak tuan,….

  5. Mat noor bin ismail says:

    Askm. Hendak kenapa buah durian belanda saya pada awalnya berkembag dgn baik selepas sebulan buah coklat kehitaman dan akhirnya gugur sebelum matang

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih