Pengenalan Akuaponik Sistem Pasang Surut

Pengenalan Akuaponik Sistem Pasang Surut.

Akuaponik adalah gabungan sistem akuarium dan sistem hidroponik. Ianya adalah satu sistem simbiosis kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantungan di antara satu sama lain bagi menghasilkan produk agro yang segar dan berkualiti tinggi.

 

skema akuaponik

Asas Sistem Akuaponik

Akuaponik terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu :

  1. Bahagian Akuakultur : Digunakan untuk menternak hidupan akuatik
  2. Bahagian Hidroponik : Digunakan untuk membesarkan tanaman

Aquaponics Basic Diagram

Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem Akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.

Sistem Pasang Surut Dalam Akuaponik

Sekiranya anda ingin mencuba sistem bertani dengan aquaponik, anda boleh memulainya dengan sistem pasang surut yang dilengkapi dengan siphon.  Kelebihan sistem pasang surut ini ialah air boleh merata merendam akar tanaman yang ditanam dalam tangki media. Tanpa sistem pasang surut air akan langsung mengucur bebas ke kolam ikan tanpa sempat mengairi semua tanaman yang ditanam dalam tangki media.  Keunggulan sistem akuaponik ini adalah selain sederhana, mudah penjagaannya, ia juga mampu menampung pelbagai  jenis tanaman. Hampir  semua tanaman yang dapat ditanam di tanah juga dapat di tanam dalam sistem akuaponik.

Cara  Sistem Pasang Surut Berkerja

Sistem aquaponik sistem pasang surut ini  mempunyai kelebihan pada penyediaan oksigen untuk akar tanaman lebih terjamin membuatkan tanaman lebih sihat di samping mengurangi risiko busuk akar. Media tanam yang digunakan berupa  kerikil atau media lain yang serupa. Selain mudah, sistem ini paling sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan akuaponik.

Selain pam air, alatan utama yang digunakan dalam akuaponik pasang surut adalah bell siphon yang berfungsi mengendalikan pasang surutnya air dalam tangki media tanaman. Siphon ini berfungsi untuk menciptakan efek pasang surut. Cara kerjanya adalah ketika air mencapai ketinggian tertentu alat ini akan menghisap air sampai habis.  Autosiphon yang biasa digunakan  ialah bell siphon, loop siphon dan u siphon.  Akar tanaman terendam air dalam beberapa waktu sebelum dikeringkan kembali. Proses ini terjadi berkali-kali dalam satu hari, memberi kesempatan akar tanaman untuk bernafas.   

Batu kerikil yang digunakan sebagai media tanam yang juga berfungsi sebagai biofilter. Jelasnya sistem ini tidak memerlukan sistem biofilter yang berasingan.


Untuk pemeliharaan ikan air tawar  pada sistem akuaponik dapat menggunakan ikan nila, mujair, ikan mas, ikan koi, lele atau udang galah dan lain-lain.  Ikan bisa dipelihara di dalam kolam,akuarium atau tangki. 

 

Download Cara Pembuatan Automatic Bell Siphons

Download

 

 

Credit : Satu Nama Seribu Cerita

3 Comments

  1. Falah says:

    bisa belajar banyak nih masalah pertanian di sini, makasih sob dah mau berbagi

  2. Gunadi says:

    kl sistem akuaponik ini misalnya untuk tanaman cabe apa iya buah nya bisa lebat seperti cabe yang ditanam di media tanah ?

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih