Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?

Pokok Ajaib - Apa Ajaibnya?

 

buah_perubah_rasa-Pokok Ajaib(Nama Botani :Synsepalum dulcificum) 

◊ Famili :   Sapotaceae 
◊ Negara asal :   Ghana, Afrika 
◊ Keperluan air :   Banyak 
◊ Tahap pH :   4.5 hingga 5.8 
Ketinggian pokok :  10 hingga 15 kaki 
Bunga :  Warna putih 
Buah :   Berwarna merah dan sebesar buah kopi. Sekira dimakan, semua makanan masam yang dimakan selepas itu akan berasa manis.Pokok berbuah selepas 2 hingga 3 tahun 
Bahan aktif (Dari buah) 

Glycoprotein

Miraculin (Taste altering chemical)

Pokok Ajaib – Apa Ajaibnya?. Tumbuhan ini mempunyai 5 spesies yang berbeza dari segi bentuk daunnya. Pokok ajaib atau disebut juga pokok 1000 manis dan pelbagai nama dalam bahasa Inggeris seperti miracle fruit, miracle berry, magic berry atau miraculous berry. Pokok ini merupakan sejenis pokok yang mengeluarkan buah berbentuk beri yang bertindak meneutralkan sebarang kesan asid. Buahnya berasa tawar namun selepas memakan buah ajaib ini, setiap benda yang dimakan akan berasa manis.

Sebagai contoh, apabila memakan buah dari pokok ajaib ini, kemudian minum air kosong, air kosong akan dirasa manis atau jika memakan buah mangga masam, rasa masamnya akan bertukar rasa manis.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kandungan sejenis protein yang terdapat pada buahnya yang dipanggil miraculin yang berkesan sebagai sumber yang memberikan rasa manis secara semula jadi. Pokok ajaib yang dikatakan berasal dari Afrika Barat dan bagi masyarakat di kawasan beriklim tropika ini kerap menggunakan buah dari pokok ajaib ini untuk membaiki rasa makanan yang telah rosak atau basi.

Pokok ajaib atau nama saintifiknya Synsepalum dulcificum dari keluarga Sapotaceae ini adalah tumbuhan renek rimbun dan boleh ditanam dalam pasu besar atau di atas tanah dan boleh mencapai ketinggian diantara 2 – 5 meter. Mula berbuah selepas 3 – 4 tahun ditanam dan mengeluarkan buah sepanjang tahun. Bunganya kecil berwarna putih. buahnya yang berbentuk beri berwarna hijau ketika muda dan akan berubah menjadi merah terang apabila matang.

Terdapat lapisan yang menyaluti biji yang hanya sebiji. Walaupun buahnya tidak mempunyai rasa manis, tetapi akan menghilangkan semua rasa masam pada benda yang dimakan dan menggantikannya dengan rasa manis.Kesan ini akan dirasakan selama sejam atau lebih.

Pokok ajaib hidup subur di tanah yang agak berasid pada pH antara 3.5 hingga 5.8 dan memerlukan air yang mencukupi tetapi tidak berlebihan. Dibiakkan melalui biji atau keratan batang.

Selain dari menukar rasa masam pada makanan lain kepada manis, buah ajaib ini dikatakan juga mampu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi dan mengurangkan kolestrol. Ianya juga mampu menahan kesakitan luka pada usus, kerana buahnya mampu menukar rembesan asid dari perut yang luka kepada alkali.

Daun pokok ajaib juga boleh menyembuhkan sakit gigi dengan mengunyahnya, selain dari itu amalan meminum air rebusan dari daunnya setiap hari baik untuk mereka yang menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi. Dikatakan juga mampu mengurangkan bisa gigitan serangga dan penyakit gatal kulit dan juga mamapu mengurangkan resdung, jerawat dan jeragat.

 

Antara Khasiat Pokok Ajaib

  • Pucuk muda berwarna merah tua digunakan utk sakit gigi (rasa kebas).
  • Daun tua dan akarnya diracik dan dijemur kering digunakan sebagai teh bagi membantu mengubati penyakit Kencing Manis dan Darah Tinggi.  Keistimewaan buahnya ialah bila seseorang memakan buahnya yang masak (buah sebesar buah Kemunting, merah) dan memakan pula buah limau kasturi, mempelam muda, jambu air atau apa saja buah yang bersifat masam, rasanya akan manis.
  • Bijinya pula boleh dijadikan campuran kopi bagi digunakan untuk meningkatkan Tenaga Batin.
  • Daun tuanya juga boleh digunakan sebagai ubat sapu untuk melegakan sakit urat, lenguh-lenguh dan sakit sendi dengan mencampurkan bersama Menthol dan minyak kayu putih.

Kini pokok ini telah menjadi sebahagian daripada pokok hiasan laman atau lanscape kerana ia sesuai dijadikan bonsai.  Tumbuhan ini banyak terdapat di Kelantan dan buahnya yang masak menjadi kesukaan kanak-kanak.  Daun dan buahnya boleh dijadikan gula-gula herba jika dicampurkan bersama gandum, jelly, perasa contohnya cengkih atau pudina, pewarna makanan dan sebagainya.

“Spesis pokok ajaib ini memang banyak. Pokok ajaib sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan apabila dapat menyembuhkan beberapa penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asid dalam badan, gastrik, sembelit, sakit gigi, merawat jantung dan kanser.

“Salah seorang guru sekolah yang menghidap penyakit darah tinggi telah didapati sembuh sepenuhnya dan bebas dari penyakit itu setekah mengamalkan pengambilan pokok ajaib itu. .Khasiat pada buah menandingi khasiat dalam daun. Ini kerana, apabila dimakan buahnya boleh menawarkan cuka dan mengurangkan rasa masam pada limau yang paling masam..Pokok ajaib itu hanya sesuai bagi individu yang betul-betul menghidap penyakit di mana khasiat yang ada pada pokok berkenaan akan bertindak terhadap penyakit, seterusnya akan dapat dirasai sama ada berkesan atau tidak dalam beberapa jam kemudian..Daun pokok tersebut tidak hanya direbus untuk mendapatkan airnya, malah daunnya boleh dimakan begitu sahaja.Lebih baik daun ini diamalkan segar dari diproses untuk dijadikan pil yang tentunya telah kehilangan banyak khasiatnya.

KOPI-BUAH-AJAIB-E-POWER

Antara produk di pasaran yang dihasilkan daripada Pokok Ajaib

 

Sumber :

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih