Rawatan dan Penjagaan Kolam Ikan Menggunakan Penapis Pasir Dan Lampu Ultra Voilet

air-mengalir

Rawatan dan Penjagaan Kolam Ikan Menggunakan Penapis Pasir Dan Lampu Ultra Voilet. Kaedah ini juga membuat kolam anda sentiasa jernih dan tidak banyak penyelenggaraan perlu dibuat selain dari ‘flushing’ ‘sand filter’ setiap minggu.

Kaedah ini paling senang untuk dibina dan agak murah harganya. Merawat dan Menapis Kolam Ikan Kaedah Penapis Pasir dan Lampu Ultra Violet.

Kaedah ini akan menggalakkan tumbuhnya sejenis lumut berwarna kehitaman pada dinding kolam anda dan ini menampakan kolam anda berwarna gelap (macam ‘tinted’) walaupun airnya jernih. Anda dinasihatkan jangan mengikis lumut ini oleh kerana ianya akan menyedut ammonia nitrat dan lain-lain zat didalam kolam anda.

Semua jenis algae terapung yang membuat air kolam berwarna hijau dan kuman akan dihapuskan oleh ‘ultra-violet light/filter’. Saiz lampu bergantung pada saiz kolam anda (anda boleh baca penerangan produk yang disediakan). Adalah dinasihatkan agar anda mendapat khidmat pendawaian dari pendawai yang bertauliah dan penyambung lampu dengan pendawaian dibuat mengunakan ‘junction box’.Sand-filter-color

Petunjuk:-

  1. Kolam utama (Main pond)
  2. Pam rendam (submersible pump)
  3. ‘Sand filter’ (Terdapat dipasaran)
  4. Lampu ‘Ultra violet filter”
  5. Air yang ditapis keluar ikut air terjun. (Cascading waterfall – filtered water return to main pond)
  6. Paip air buang untuk ‘flushing’ (Water channel for backwash)

Rujukan : Landskap Sinar

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih