Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak


Rumah-rumah Tradisional Di Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak adalah negeri yang mempynyai banyak suku kaum pribumi selain Melayu. Oleh itu negeri ini amat kaya dengan warisan budaya tradisi yang pelbagai dan unik, termasuk senibinanya. Rekabentuk dan senibina rumah di sini banyak dipengaruhi oleh faktor geografi, keselamatan dan sosial. Jom kita lihat.

Rumah-rumah Tradisional Sarawak

Selain rumah tradisi Melayu, Sarawak amat terkenal dengan rumah panjang yang didiami oleh suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh. Kebanyakan rumah dibina berhampiran sungai yang merupakan laluan utama bagi masyarakat tersebut. Rumah panjang berkenaan mempunyai bilik-bilik untuk keluarga yang berjumlah antara 20 sehingga 80 bilik. Setiap rumah panjang boleh menempatkan antara 200 hingga 800 orang.

Rumah Melayu Sarawak
Rumah Panjang Iban Sarawak
Rumah Panjang Bidayuh Saarawak
Rumah Baruk Bidayuh Sarawak
Rumah Panjang/Rumah Tinggi Melanau Sarawak
 
Rumah-rumah Tradisional Sabah
Sabah kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing. Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu. Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.
Rumah Bisaya Sabah
Rumah Iranum Sabah
Rumah Lotud Sabah
Rumah Palaok @ Bajau Laut Sabah
Rumah Panjang Rungus Sabah
Rumah Suluk Sabah
Rumah Bambu Kadazan Dusun Sabah

Moga info ini bermanfaat. 🙂


Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih