Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia

Muzium Negeri Terengganu di Losong dibina berdasarkan senibina Terengganu

Rumah-rumah Tradisional di Semenanjung Malaysia. Rumah-rumah tradisional di negara kita sememangnya mempunyai rekabentuk dan ciri yang unik. Hasil ukiran tangan jelas kelihatan menghiasi sudut-sudut tertentu rumah. Setiap negeri mempunyai rekabentuk rumah tersendiri. Sebagai contohnya jika kita ke Negeri Sembilan, kita akan dapat melihat pengaruh atap minangkabau. Jika kita ke negeri Melaka pula, kita akan melihat binaan tangganya yang cantik. Jika kita ke Terengganu pula kita akan dapat melihat rumah-rumah yang tinggi tiangnya. Namun begitu ciri warisan kemelayuannya tetap terserlah tidak kira di mana rumah itu berada.

Selain faktor geografi, rekabentk rumah tradisi di Malaysia juga dipengaruhi oleh faktor keselamatan serta pengaruh senibina penjajah.

Rumah Tiang 12 Kelantan
Di Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Bentuk kedua-duanya tidak banyak beza. Rumah Tiang 12 ini hanya terdapat di beberapa kampung dan Bandar Kota Bharu, usianya hapir 100 tahun dan ianya semakin pupus.

Rumah jenis ini mengadungi 12 tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang. Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.

Rumah Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan rumah tengah dan rumah dapur bebilik-bilik atau bersekat.

Rumah Limas
Rumah Limas banyak terdapat di Johor, Selangor dan Terengganu. Maksud Limas adalah bentuk timba atau takir yang diperbuat daripada daun pisang atau upih yang berbentuk tirus ke atas seperti piramid.Seni bina rumah limas menitikberatkan aspek pengudaraan, pencahayaan dan keselamatan. Rumah limas dibina agak tinggi dari aras tanah bagi menggelakkan dimasuki air ketika musim banjir atau binatang buas pada waktu malam. Rumah Limas tidak memiliki pangkal serambi dan beranjung di bahagian hadapan. Ukiran atau jejaring yang ada pada setiap tingkap, bukan sahaja berfungsi sebagai hiasan tetapi juga untuk memudahkan cahaya dan udara masuk ke dalam rumah.Kebanyakan rumah limas Johor mempunyai “kolong” iaitu bahagian bawah rumah berpagar yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang.

Selain itu rumah limas di Muar biasanya biasanya memiliki struktur tambahan iaitu penambahan seperti pagar di bahagian bawah rumah yang dikenali sebagai “kolong” yang berfungsi sebagai tempat menyimpan barang. Rumah limas sebegini biasanya dikenali sebagai rumah baju kurung.

Ruang anjung rumah limas juga lebih besar dan luas kerana ia berfungsi sebagai tempat melayan tetamu dan sebagai tempat melakukan kerja-kerja seperti membaiki jala.

Rumah Limas Johor
Rumah Limas Johor


Rumah Limas Bungkus Terengganu
Di Terengganu terdapat beberapa bentuk rumah tradisional Melayu. Salah satunya ialah Rumah Limas Bungkus.  Ianya menjadi pilihan utama dan popular bagi orang-orang Melayu sejak dari kurun 20an. Kini tiada lagi rumah jenis ini dibina malah rumah-rumah yang sedia ada telah dibina sejak 40 atau 50 tahun yang lalu.

Ianya mudah dikenali. Bumbungnya terdiri dari sebuah perabung lurus dan bersambung pula dengan 4 buah perabung yang turun ke cucuran atap yang dihiasi dengan ukiran-ukiran. Rumah jenis ini mempunyai beberapa bentuk. Ada yang berbentuk panjang dan bersegi empat tepat. Ruangnya terdiri dari anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.

Rumah ini dibina dengan kayu cengal, meranti dan kapur. Atapnya dari atap Senggora yang diperolehi dari Negeri Thai dan juga atap tanah tempatan.

Rumah Limas Bungkus
Rumah Bumbung Panjang Pulau Pinang
Di Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah Serambi Gajah Menyusu tetapi semua jenis rumah ini kian pupus. Rumah Serambi Gajah Menyusu dapat dikenali dengan bentuk bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi dari bumbung serambi. Rumah Serambi Gajah Menyusu, bumbungnya kelihatan tinggi rendah seperti seekor gajah sedang menyusukan anaknya.
Rumah jenis ini menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala komponen bangunanya terdiri dari rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya terdiri dari ruang rumah tangga, terletak dihadapan ruang serambi luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur. Bahan-bahan rumah ialah dari kayu seperti Cengal dan Meranti manakala atapnya dari Rumbia.
Rumah Bumbung Panjang
Rumah Melayu Melaka
Di Melaka rumah tradisionalnya dikenali dengan panggilan Rumah Melayu Melaka. Ia masih terdapat di seluruh Negeri Melaka sehingga kini. Rumah ini terkenal dengan tangga batunya yang disalut dengan jubin beraneka warna yang diimport dari China dan India. Rumah yang asli menggunakan 12 hingga 16 batang tiang utama pada bangunan induk atau rumah ibu. Komponen bangunannya pula terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur.
Pembahagian ruangnya pula terdiri dari ruang serambi, di hadapan adakalanya ditambah dengan ruang anjung yang bertangga. Di ruang tengah terdapat sebuah bilik dan diantara rumah ibu dan rumah dapur terdapat satu ruang dipanggil selang.
Terdapat di ruang tengah sebuah ruang di antara bumbung dengan bilik dipanggil peran atau loteng. Kegunaan ruang tersebut selain sebagai tempat tidur anak-anak gadis apabila terdapat majlis juga sebagai tempat simpanan barang-barang. Rumah ini biasanya dibina dari kayu cengal, meranti dan damar laut.
Rumah Melaka
Rumah Melaka
Rumah Melaka
Rumah Kutai
Rumah ini menggunakan seni binadari Aceh dan Bugis.Rumah ini terdapat di Perak dan Selangor  Rumah tradisional Melayu yang terdapat di Negeri Perak dipanggil Rumah Kutai. Rumah Kutai ialah rumah berbumbung panjang, di sudut tepi dindingnya dipasang tebar layar yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai manakala di bawah kaki tebar layar terdapat pula alang para buang (peran) iaitu tempat menyimpan barang-barang. Rumah Kutai mengandungi 12 ataupun 16 tiang pada rumah ibunya. Rumah ibu pula terdiri dari ruang serambi, ruang tamu dan bilik. Di sebelah belakangnya ialah rumah dapur yang dipisahkan oleh ruang selang yang tidak beratap.Bahan-bahan binaan yang digunakan untuk membina rumah Kutai adalah seperti kayu dan buluh. Kayu digunakan untuk tiang dan rangka bumbung manakala dinding menggunakan pelupuh.
Rumah Kutai Selangor
Rumah Kutai Perak
 
Rumah Minangkabau Negeri Sembilan
Rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan sedikit sebanyak menyerupai bentuk rumah adat yang terdapat di Minangkabau. Bentuknya adalah memanjang dan bumbungnya sedikit melengkung di bahagian hujungnya. Muka tabir layarnya kelihatan tirus dan tinggi.
Komponen bangunannya terdiri dari rumah ibu, ruang tengah dan dapur. Ruang ibu mempunyai ruang anjung dan serambi. Ruang tengah pula terdiri dari satu ruang kecil dan bilik.
Terdapat rumah-rumah tradisional Melayu di Negeri Sembilan mengandungi ruang di bawah bumbung yang dipanggil peran atau loteng. Ruang tersebut merupakan ruang tidur anak-anak gadis dan juga tempat simpan barang-barang
Rumah Negei Sembilan
Rumah Negeri Sembilan
Rumah Serambi Pahang
Rumah Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di pinggirnya. Pembahagian ruang rumah ini terdiri daripada rumah ibu dan dapur yang dipisahkan dengan ruang yang dipanggil selang. Ia juga mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang pelantar yang digunakan untuk memasak dan membasuh.
Rumah Serambi Pahang
Rumah Serambi Pahang

Rumah Bumbung Panjang Perlis

Di perlis terdapat rumah tradisional melayu yang dikenali rumah panjang yang berusi lebih 70 tahun. Rumah jenis ini semakin pupus. Rumah bumbung panjang ini mengandungi banyak tiang, adakalanya berjumlah 24 batang tiang pada rumah ibunya. Bentuk rumahnya memanjang, bumbung panjang lurus mendatar, dihadapannya dipasang tebar layar yang berbentuk V terbalik.
Tebar layar merupakan sebahagian daripada tutup dinding bumbungnya yang diperbuat dari pelupuh yang berkelarai.Rumah panjang perlis diperbuat daripada kayu cengal dan damar laut, dindingnya daripada kelarai, atapnya daripada rumbia atau nipah dan adakalanya menggunakan genting senggora.
Komponen bagunan rumah berkenaan terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur.Rumah ibu mengandungi ruang yang disebut ruang leper (serambi), bilik, ruang tengah dan ruang tamu. Rumah dapur terdiri daripada sebuah yang tidak tersekat tetapi telah di pisahkan oleh ruang yang dipanggil ruang selang
Rumah Bumbung Panjang Perlis
 
Rumah Tradisi Terengganu/Kelantan
Mungkin di sebabkan geo dan politik yang hampir sama, senibina indah rumah tradisi berikut banyak didapati di Terengganu an Kelantan. Rumah-rumah ini mempunyai kehalusan senibina dan seni ukir yang amat tinggi. Di antara ciri-cirinya ialah ukiran bermotifkan ayat Al-Quran dan motif alam, selain tidak menggunakan paku.


Rumah Terengganu

Rumah Kedah

Rumah Mahsuri di Langkawi, Kedah
Rumah Kedah
Rumah Kedah

2 Comments

  1. Muzium terengganu..Memang reka bentuk rumah yang pelbagai di Malaysia..:D

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih