Taman Mampu Merangsang 5 Deria Pancaindera Kita

taman 1

Taman Mampu Merangsang 5 Deria Pancaindera Kita. Apabila anda merancang membina sebuat taman, pertimbangan asasnya ialah ia mampu merangsang kesemua lima deria anda. Taman-taman yang  indah memang mengasyikkan serta menimbukan rasa tenang damai kepada pemilik dan pengunjung. Banyak kajian menunjukkan bahawa persekitaran yang cantik atau harmoni boleh merangsang kreativiti dan produktiviti, manakala persekitaran yang kotor atau hodoh menyumbang kepada mentaliti yang negatif.

Jika sesebuah taman dapat memberi kesan positif kepada semua deria anda, anda pasti mahu menjadi sebahagian daripadanya. Warna indah bunga tropika, bau tumbuhan rempah yang harum, bunyi pancuran air atau seakan bunyi titisan hujan, rasa sejuk rumput laman atau kayu cengal dan rasa buah yang manis membuatkan sesebuah taman mempunyai nilai yang tinggi untuk sebuah kehidupan yang tenteram, indah dan sihat.

Terdapat berbagai ciri taman mengikut negara yang kebanyakannya dipengaruhi oleh sosio budaya setempat. Sebagai contoh di Jepun banyak tempat menekankan elemen air dan batuan asli membangkitkan rasa sayangkan keaslian dan tradisi serta rasa kepatuhan. Di Malaysia pula kebanyakan taman direkabentuk lebih moden. Namun taman-taman yang dibina dengan baik, menekankan nilai mampu merangsang 5 deria pancaindera kita untuk kualiti hidup yang lebih sihat.

Berikut adalah 5 deria tersebut:

   1. Pandangan

indah

Gabungan air, bunga,pokok hijau, batuan dan bangunan

Deria pertama yang terangsang apabila menelusuri taman-taman ialah deria pandangan. Kehijauan akan memberi kesan ketengan yang mampu melegakan stress. Unsur kayu dan batu, air, warna-warni bunga-bungaan akan memberi kesan pada mata, seterusnya menimbulkan rasa tenang dan damai.

  2. Sentuhan

Sentuhan air sejuk menyegarkan. Berjalan di atas batu pijak (stepping stone), demikian juga apabila kaki menyentuh rumput, atau, tangan menguis air di kolam, atau merasai kenyamanan duduk di atas bangku kayu atau batu. Semua ini gambaran deria sentuhan mendamaikan yang akan memberi kesan positif pada diri anda.

  3. Bau

Taman tidak lengkap jika tidak memiliki elemen bau. Oleh itu sebuah taman seharusnya mempunyai pokok-pokok yang menghasikan bau seperti pokok-pokok rempah dan bunga-bungaan. Deria baut akan terbangkit seterusnya memberikan terapi bau yang baik untuk minda dan kesihatan.

  4. Bunyi

tenaga4

Air menghasilkan bunyi

Elemen bunyi akan terhasil daripada bunyi lembut tiupan angin pada pokok-pokok, seperti pokok buluh. Selain itu bunyi air seperti air terjun, air pancut, air menitik, bunyi ikan menimbul akan memberikan terapi bunyi yang hebat.

  5. Rasa

Tanaman  serai wangi, daun pandan, atau cili padi elok ditanam dalam pasu di sekitar taman anda, juga berfaedah untuk diguna dalam masakan. Bersantai bersama keluarga atau melayan kawan-kawan di luar rumah seperti di anjung, gazebo atau pergola, berayun di buaian laman atau duduk di kerusi laman dikelingi persekitaran yang indah pasti akan meningkatkan keseronokan, seterusnya membangkitkan rasa damai dan tenang

 

Tema Taman

Dalam membina taman sebaiknya kita menentukan temanya. Anda boleh membina satu tema sahaja untuk keseluruhan halaman anda. Anda juga boleh menggabungkan beberapa tema sekiranya perlu. Apa yang penting ia memenuhi hasrat yang ingin anda capai dan mampu untuk disesuaikan dengan penggunaan ruang yang ada.

Antara jenis-jenis taman ataupun tema yang boleh anda pertimbangkan termasuklah :

  1. Taman Melayu atau Nusantara
  2.  Taman Islamik
  3. Taman Bali
  4. Taman Inggeris
  5. Taman Jepun
  6. Taman Meditranean
  7. Taman Organik
  8. Taman Dapur (Kitchen garden)
  9. Taman Rahsia (Secret garden)
  10. Taman Herba (Herbal garden)
  11. Taman Bungaan
  12. Taman Tropikal
  13. Taman Buahan
  14. Taman Sayuran
  15. Taman Tenggelam (Sunken Garden)
  16. Taman Thai
  17. Taman-taman berasaskan koleksi tumbuhan seperti:

a. Taman Halia
b. Taman Ros
c. Taman Bunga Raya
d. Taman Haruman

Dan pelbagai lagi…

Taman Mampu Merangsang 5 Deria Pancaindera Kita. Bayangkan kedamaian mendukung anak tersayang di taman anda, atau berbaring di bawah gazebo berhampiran kolam ikan, bersama-sama kawan-kawan membuat majlis barbeku. Selain dari ketenangan sebegitu, taman-taman yang memenuhi kriteria merangsang 5 deria pancaindera tersebut juga dikatakan mempunyai unsur-unsur feng shui. Antaranya ialah kolam taman, taman batu, taman berbumbung, taman kotej, dan juga balkoni. Ianya menghasilkan hamparan keindahan pemandangan alam di rumah anda.

 

Taman di Asia Tenggara

Klik untuk imej yang lebih besar

 

Taman Jepun dan China

Klik untuk imej yang lebih besar

Saksikan video 100 Most Beautiful Gardens In The World

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih