Tanaman Hiasan Terbaik Penyegar Udara Dalam Ruangan

peace lily

Tanaman Hiasan Terbaik Penyegar Udara Dalam Ruangan.  Biasanya, kualiti udara dalaman adalah lebih teruk daripada di luar kerana ketiadaan pengudaraan yang baik dan pelbagai punca pencemaran lain seperti asap rokok, asap masakan dan lain-lain lagi . Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kualiti udara dalaman di rumah anda. Salah satu cara berkesan ialah dengan menempatkan beberapa jenis tanaman hiasan yang sesuai dalam rumah atau bangunan bagi membersihkan udara dan mengurangkan toksin.

‘Indoor plant’ yang bakal dipaparkan  bermanfaat untuk meningkatkan jumlah oksigen di dalam rumah kita, bahkan mampu mengurangkan toksin dalam udara di dalam kediaman kita.

 

1. Spider plant (Chlorophytum comosum)

Spider plant (Chlorophytum comosum)

spider-plants

Spider plant mula dikenali pada awal tahun 1980 apabila kajian NASA membuktikan pokok ini dapat menyingkirkan bahan pencemar udara dalaman yang berbahaya. Hasil kajian tersebut menjadi kunci untuk menyelesaikan masalah pembersihan udara semasa penerokaan angkasa. Ia juga agak mudah untuk dijaga.

 

2. Snake plant (Sansevieria trifasciata)
.
Snake plant (Sansevieria trifasciata)
Snake plant (Sansevieria trifasciata) 01
Mempunyai daun tercorak dan dalam posisi tegak. Ia sesuai dicampur dengan kenayakan pokok lain. Apa yang menarik ialah ia memerlukan penjagaan minima serta amat mudah dibiakkan. Keistimewaannya ialah ia berkerja menghasilkan oksigen dan membuang karbondioksida pada waktu malam.
,
.
3. Golden pothos (Epipremnum aureum)
.
Golden pothos (Epipremnum aureum)
Golden pothos (Epipremnum aureum) 01
Golden pothos biasanya tumbuh melata, daun berbentuk hati . Ia biasanya ditanam dalam bakul tergantung  dengan rupa tampak yang anggun. Sangat mudah tumbuh dan dibiakkan serta tahan dengan berbagai keadaan persekitaran dan cuaca. Ia baik untuk menghapuskan pelbagai wap kimia rumah tangga termasuk formaldehid – toksin udara dalam ruangan umum yang dikeluarkan oleh penutup lantai , kain, pelekat, dan bahan binaan.
.
.
4. Peace lily (Spathiphyllum)
.
Peace lily (Spathiphyllum)
Peace lily (Spathiphyllum)1
Peace lily adalah tanaman indoor yang mampu mengeluakan bunga yang cantik. Mempunyai corak/tekstur daun dan bunga yang seakan sama, tetapi dibezakan dengan warna yang kontras. Bunga berwarna putih seperti layar. Ia mempunyai daun yang subur dan boleh membesar sehingga 3 meter. Peace lily sangat berkesan untuk menghapuskan benzena, formaldehid, dan bahan beracun berbahaya yang lain.

 

5. Florist’s Mum (Chrysanthemum morifolium)
.
Florist’s Mum (Chrysanthemum morifolium
Chrysanthemum morifolium 01
Ramai orang menggemari bunga yang berwarna-warni cerah ceria, tetapi ia mula layu  (selepas 6-8 minggu).Bagaimanapun Florist’s Mum aktif mengeluarkan benzena dan perengsa lain dari udara dalam rumah anda. Benzene berasal dari gam , cat , wax perabot, dan bahan pencuci, berpunca terutama dari asap rokok.

 

6. Gerbera daisy (Gerbera jamesonii)
.
Gerbera daisy (Gerbera jamesonii)-01
Daisy gerbera mempunyai bunga yang menarik, besar dan berwarna-warni dengan daun berlilin.  Ia adalah tumbuhan indoor/outdoor yang baik: Pastikan ia di dalam pasu di luar semasa cuaca panas, kemudian bawa dalam rumah apabila cuaca sejuk dan ia akan terus menghasilkan bunga. Dalam kajian tumbuhan NASA, daisy gerbera sangat berkesan untuk menghapuskan wap beracun.

 

7. Chinese evergreen (Aglaonema crispum)
 .
Chinese evergreen (Aglaonema crispum)
chineseevergreenpicture_1
Chinese evergreen dikenali sebagai tumbuhan yang mampu tumbuh dalam keadaan cahaya rendah , menjadikannya tanaman kegemaran untuk mencerahkan bilik remang-remang . Bagaimanapun buahnya adalah beracun. Chinese evergreen mempunyai kebolehan unik untuk bertindak balas kepada wap kimia berbahaya.

 

8. Rubber plant (Ficus elastica)
 .
Rubber plant (Ficus elastica) 01
Rubber plant (Ficus elastica) 02
Pokok bergetah ini boleh mencapai ketinggian hingga 8 kaki dan dikenali kerana kemampuan untuk hidup dalam cahaya yang rendah, cuaca sejuk , serangan serangga, dan penyakit pokok lainnya. Ia merupakan salah satu tanaman terbaik untuk menghilangkan formaldehid dan pelbagai jenis racun udara.

 

9. English ivy (Hedera helix)
.
English ivy (Hedera helix) 01
English ivy (Hedera helix)
English ivy adalah tumbuhan menjalar yang sesuai diletakkan di atas meja, digantung di rak atau dibiarkan menjalar. Tanaman ini sesuai dengan berbagai iklim , tetapi ia tidak menggemari suhu yang sangat panas. Ini sangat baik untuk menghapuskan banyak jenis bahan pencemar udara, terutama formaldehid.

 

10. Corn Plant (Dracaena fragrans)
 .
Corn Plant (Dracaena fragrans)02
Corn Plant (Dracaena fragrans)01
Corn Plant merupakan salah satu tanaman indoor yang paling popular ; ia hidup subur dalam segala macam keadaan (walaupun ia lebih suka cahaya yang cerah ). Ia mendapat namanya dari corak cerah pada daun hijaunya, batang berkayu , dan dengan penjagaan yang betul boleh membesar sehingga 10 kaki tinggi di dalam bangunan. Ini adalah juara untuk menghapuskan segala macam wap kimia dari udara indoor.

 

11. Heart-leaf Philodendron (Philodendron oxycardium)
..
Heart-leaf Philodendron (Philodendron oxycardium) 02
Heart-leaf Philodendron (Philodendron oxycardium) 01
Heart-leaf Philodendron adalah salah satu tanaman hias paling mudah untuk tumbuh, dan mudah menjalar dari keratan yang diletakkan di dalam tanah lembab atau air. Ia adalah tumbuhan memanjat yang kuat dan kelihatan cantik dalam pasu tergantung. Heart-leaf Philodendron mempunyai kemampuan sederhana untuk menyerap wap dalam ruangan bertoksik.

 

2 Comments

  1. maz says:

    Terima kasih atas perkongsian.
    nak mencari pokok2 yg sesuai letak dlm rumah sebenarnya.. tq ye

  2. Untuk udara segar drumah n pjabat

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih