Teknik Pemangkasan Buah Naga

Pokok Naga

Teknik Pemangkasan Buah Naga. Pemangkasan tanaman buah naga wajib dilakukan  untuk membolehkan pokok berbunga dan berbuah terutama pada masa musim buah.

Sebenarnya pemangkasan tanaman buah naga boleh dikatakan mudah. Secara dasarnya, pemangkasan bertujuan untuk menghentikan pertumbuhan cabang / sulur buah naga atau menghilangkan tunas baru yang muncul. Berikut adalah teknik bagi tujuan tersebut.

Penjelasannya begini (lihat gambar), setelah cabang/sulur tumbuh panjang (kurang lebih 70cm) atau sudah melengkung ke bawah (sulur jangan terlalu panjang, kerana buah yang tumbuh terlalu jauh jaraknya dari cabang utama tidak berkualiti), pemangkasan dilakukan pada setiap hujung cabang (saya beri tanda lingkaran kuning).

1 pangkas_untuk_buah

 

Untuk lebih jelasnya seperti pada gambar di bawah ini, potong sedikit saja pada hujung cabang / sulur :

2 pangkas_cabang01

 

Perlu diingat, pastikan tidak ada pertumbuhan cabang atau tunas baru, jadi jika nanti muncul tunas baru, tunas tersebut tetap harus dipotong agar tidak terus tumbuh. Sederhananya, jika tidak ada pertumbuhan cabang/tunas, maka baja/zat tanaman  hanya digunakan untuk menumbuhkan bunga/bakal buah.

3 pangkas_cabang02

 

 

Semoga bermanfaat.

Rujukan : Denidi.com

Sila tinggalkan komen anda untuk perkongsian bersama. Terima kasih